Buletin

ISUZU D-MAX ARCTIC TRUCKS STEALTH – BUKTI D-MAX PUN BOLEH JADI SEGARANG INI

Isuzu UK baru-baru ini memperkenalkan model Isuzu D-Max Arctic Trucks Stealth pada acara CV Show 2018.

Terhad kepada 20 unit sahaja, setiap model Stealth didatangkan dengan nombor lencana di dalam kabinnya. Stealth ialah model eksklusif yang dibangunkan daripada varoan Isuzu D-Max Artctic Trucks A35 Double Cab bertransmisi automatik.

Hadir dalam warna hitam, ia memang kelihatan begitu garang sekali. Bahagian luarannya menampilkan beberapa aksesori seperti roof bar, gril radiator, perumah lampu kabus, kemasan bampar belakang, hendal pintu, cermin sisi dan logo Isuzu yang semuanya berwarna hitam.

Penampilan itu dilengkapkan lagi dengan sports bar belakang dan penutup ruang kargo berwarna hitam. Selain itu, Stealth turut dipasang dengan lampu utama dan lampu kabus LED. Disamping dua set lampu lazer yang dipasang pada bampar hadapan dan sports bar.

Ruang kabin pula menampilkan kemasan kulit yang direka khas untuk trak pikap ini. Tidak ketinggalan sebuah skrin sentuh berwarna bersaiz 9 inci, sembilan unit pembesar suara, subwoofer dan satu port HDMI.

Stealth ditawarkan pada harga  £44,005 (RM237,500) seunit. 

“Stealth ialah sebuah trak pikap eksklusif dengan penampilan yang cukup menyerlah. Ia jelas membawa D-Max Artctic Trucks A35 ke satu tahap yang lebih tinggi,” kata Pengarah Urusan Isuzu UK, William Brown.

GALERI

Google ads
Back to top button