Buletin

ISUZU D-MAX PREMIUM & ISUZU D-MAX Z-PRESTIGE FACELIFT DIPERKENALKAN – BERMULA RM105,811

Isuzu Malaysia hari ini melancarkan Isuzu D-Max baharu yang telah dinaik taraf dari segi dalaman, luaran serta pilihan warna yang baru.

D-Max Premium (termasuk 3.0L and 2.5L) dan D-Max Z-Prestige kini dilengkapi sistem infotainmen bersama panel paparan 8.0 inci. Ia digabungkan dengan navigasi GPS, Smart Mirroring, WiFi, USB, iPod, Bluetooth dan lain-lain.

Skrin itu lebih mesra pengguna bersama pre-set lokasi bilik pameran Isuzu. Ia  membolehkan pelanggan mencari bilik pameran Isuzu dengan mudah.

Ciri baharu yang lain termasuklah tray kargo gelongsor dipasang pada varian D-Max Z-Prestige. Sebagai salah satu pilihan untuk semua varian D-Max, pelanggan boleh memilih untuk membelinya.

Tray kargo itu boleh dialih ke pintu belakang, membolehkan pengguna mengambil barang dengan lebih mudah.

Tempat duduk Isuzu D-Max Premium AT (3.0L) dan D-Max Z-Prestige kini dibalut dengan kulit. Ia hadir dengan reka bentuk bentuk geometri yang sporty dan kontemporari.

Warna ungu (Cavalry Mica) baharu akan menggantikan warna lama iaitu biru (Nautilus Mica).

“D-Max yang dipertingkatkan ini mengekalkan nilai teras kami iaitu kecekapan bahan bakar, ketahanan, dan kebolehpercayaan) dan penambahbaikan luaran dan dalaman dibuat mengikut keperluan pengguna.

“Kami harap penambahbaikan ini akan diterima baik oleh pengguna di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

Maklumat kenderaan Isuzu selanjutnya, hubungi 1-300-88-1133 atau lawat www.isuzu.net.my/pickup/.

Google ads
Back to top button