
Dorna menerusi laman rasminya Motogp.com beberapa hari lepas telah mengeluarkan senarai jadual terkini bagi pusingan MotoGP tahun 2020. Secara umumnya, tidak banyak perubahan bagi tarikh biasa namun ia bertambah dengan 1 pusingan menjadikannya 20.
Selain itu, pusingan di Thailand telah dianjakkan menjadi pusingan awal iaitu pusingan kedua selepas pembukaan di Qatar.
Selepas perlumbaan malam di Qatar, kem MotoGP akan terbang ke Litar Buriram Thailand untuk pusingan kedua. Menurut Dorna, perubahan itu dibuat semata-mata kerana hal logistik.
Adalah lebih mudah menyusun jadual dari Timur Tengah (pusingan 1) ke Asia Tenggara (Pusingan 2) kerana jarak perjalanan yang lebih dekat berbanding jadual sebelumnya yang mana mereka terpaksa terbang ke benua Amerika (Austin) yang lebih jauh.
BACA: INDONESIA AKAN JADI TUANRUMAH MOTOGP PADA 2021
Tahun 2020 menyaksikan 20 pusingan menerusi pertambahan satu lagi hos di Finland. Perlumbaan di Litar KimyRing akan dilangsung pada 12 Julai pasca rehat musim panas.
Penat bila tengok jadual MotoGP tahun depan ada 20 pusingan dan jangan lupa pada 2021, akan bertambah lagi satu pusingan di Indonesia menjadikannya 21 pusingan – dengan anggapan tiada negara yang menarik diri atau dikeluarkan dari jadual.
Berikut ada jadual perlumbaan lengkap untuk musim 2020;
Tanggal | Event/Grand Prix | Litar |
7-9th Feb | Sepang MotoGP Test | Sepang International Circuit |
19-21st Feb | Jerez Moto2/Moto3 test | Circuito de Jerez – Ángel Nieto |
22-24th Feb | Qatar MotoGP Test | Losail International Circuit |
28/29 Feb/1st Mac | Qatar Moto2/3 Test | Losail International Circuit |
8th March | Qatar* | Losail International Circuit |
22nd March | Thailand | Chang International Circuit |
5th April | Americas | Circuit of the Americas |
19th April | Republica Argentina | Termas de Rio Hondo |
3rd May | Spain | Circuito de Jerez – Ángel Nieto |
17th May | France | Le Mans |
31st May | Italy | Autodromo del Mugello |
7th June | Catalunya | Barcelona – Catalunya |
21st June | Germany | Sachsenring |
28th June | Netherlands | TT Circuit Assen |
12th July | Finland** | KymiRing |
9th August | Czech Republic*** | Automotodrom Brno |
16th August | Austria | Red Bull Ring-Spielberg |
30th August | Great Britain | Silverstone |
13th September | San Marino e della Riviera di Rimini | Misano World Circuit Marco Simoncelli |
4th October | Aragón | MotorLand Aragón |
18th October | Japan | Twin Ring Motegi |
25th October | Australia | Philip Island |
1st November | Malaysia | Sepang International Circuit |
15th November | Comunitat Valenciana | Comunitat Valenciana-Ricardo Tormo |