Buletin

JAECOO J7 PHEV VERSI CKD MULA DIKELUARKAN DI SHAH ALAM

Malaysia bakal menyaksikan kemunculan sebuah model baharu dalam segmen SUV hibrid plug-in (PHEV) menjelang penghujung Februari 2025.

Menjelang pelancarannya, JAECOO Malaysia telah mengumumkan bahawa unit pertama JAECOO J7 PHEV yang dipasang secara tempatan kini telah mula dikeluarkan dari fasiliti pemasangan mereka di Shah Alam.

JAECOO J7 PHEV menawarkan kelebihan teknologi Super Hybrid System yang menggabungkan kecekapan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kuasa elektrik sepenuhnya.

Dengan teknologi ini, SUV premium lasak ini mampu memberikan prestasi lebih baik berbanding model enjin konvensional atau kenderaan elektrik sepenuhnya dalam kelasnya.

Dari segi keupayaan, JAECOO J7 PHEV menawarkan jarak pemanduan elektrik tulen sejauh 106km (berdasarkan kitaran NEDC), angka terbaik dalam kelasnya.

Selain itu, SUV ini juga mencatat penggunaan bahan api paling rendah dalam keadaan bateri kosong, iaitu hanya 5.99 liter bagi setiap 100km.

Baru-baru ini, JAECOO J7 PHEV diuji dalam perjalanan jarak jauh dari Singapura ke Hatyai, Thailand, dan berjaya mencatat jarak lebih 1,200km berdasarkan penilaian WLTP.

Ujian ini mengesahkan kecekapan tenaga dan daya tahan model ini bagi pemanduan jarak jauh.

J7 PHEV, dengan varian pacuan semua roda dan pacuan dua roda, dianggarkan berharga RM180,000 dan RM170,000, menawarkan keselesaan pemanduan elektrik dan kehandalan petrol untuk perjalanan yang lebih panjang.

Untuk maklumat lanjut mengenai JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my atau ikuti laman sosial rasmi mereka untuk perkembangan terkini.

Google ads
"
"
Back to top button