
MAS 2024: JAECOO J7 PHEV DIDEDAHKAN, FUNGSI V2L, JANA 347PS
JAECOO hari ini secara rasmi memperkenalkan model terbaru, J7 PHEV di Malaysia Auto Show 2024.
Dengan pengenalan model hibrid baharu ini, JAECOO mengubah nilai produk tenaga baharu off-road, memberikan pengalaman lebih bijak, cekap, dan selamat kepada pengguna global.
J7 PHEV telah muncul pada acara Beijing International Automotive Exhibition 2024 yang berlangsung pada 25 April lalu.

SUV PHEV ini mempunyai keupayaan pengecasan pantas DC, di mana ia terdapat port CCS2 pada kenderaan selain, hadir dengan fungsi V2L, iaitu kemampuan mengecas perkakasan luaran.
Secara visual, ia tiba dengan tayar 19-inci baharu dengan reka bentuk tertutup, bersama-sama kelengkapan seperti flap penutup tempat pengecasan di sisi kanan serta pemegang pintu retractable.
Beralih pada kuasa, ia dijana oleh enjin 1.5-liter turbo TGDi petrol serta digandingkan bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dan motor elektrik di bahagian depan, berupaya menghamburkan kuasa 347PS dan 525Nm tork.

Walaupun Jaecoo masih belum mendedahkan butiran rasmi mengenai spesifikasi PHEV J7, CarNewsChina melaporkan bahawa SUV PHEV ini akan mempunyai julat EV-sahaja sejauh 120km, manakala julat gabungan WLTP dilaporkan dihadkan pada 1,300km.
Anggaran harga bagi J7 PHEV adalah sekitar RM150K – RM160K.
GALERI:











- BACA: MAS 2024: NETA X RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, JARAK GERAK 480KM, HARGA BERMULA RM119K
- BACA: MAS 2024: JAECOO J6 DIDEDAHKAN – PEK BATERI 69.8KWH, JARAK GERAK 501KM
- BACA: MAS 2024: PEUGEOT LANDTREK SE CKD DIPERKENALKAN, JANA 150HP, HARGA BERMULA RM129K
- BACA: MAS 2024: PERODUA DEDAH PROTOTAIP EV – MYVI CONVERSION