
HAB ALAT GANTI SERANTAU STELLANTIS DI MALAYSIA TERIMA STOK PERTAMA
Stellantis, pengeluar automotif keempat terbesar di dunia dan peneraju dalam penyelesaian mobiliti, mencapai satu pencapaian penting dengan ketibaan penghantaran stok pertama di Hab Alat Ganti Serantau India & Asia Pasifik yang terletak di Malaysia.
Penghantaran ini merupakan fasa awal daripada jumlah keseluruhan penghantaran bernilai €10 juta (RM51 juta), dengan stok bernilai €8 juta (RM40.8 juta) kini dalam perjalanan dari Amerika Utara, Perancis, Itali, dan China, merangkumi 35,000 SKU.

Hab ini akan menyediakan perkhidmatan kepada semua jenama di bawah Stellantis termasuk PEUGEOT, Citroën, Alfa Romeo, Jeep, RAM, Leapmotor dan lain-lain, menyokong operasi di 20 negara dalam rantau India dan Asia Pasifik.
Dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun 2025, hab ini merupakan sebahagian daripada strategi Stellantis dalam meningkatkan perkhidmatan selepas jualan dengan mengurangkan masa henti.
Selain itu, Stellantis juga mahu memastikan akses lebih cekap terhadap alat ganti dan komponen automotif untuk pengedar dan pelanggan.
- BACA: JAECOO J7 PHEV VERSI CKD MULA DIKELUARKAN DI SHAH ALAM
- BACA: FOTO INTIP: KIA UJI SELTOS GENERASI BAHARU, TAMPIL LEBIH MODEN, TINGKAT TEKNOLOGI TERKINI
- BACA: PORSCHE MACAN EV MENDARAT DI MALAYSIA – TAWAR EMPAT VARIAN, HARGA BERMULA RM430K
- BACA: MAN UTD LAMAR PERODUA TAJA JERSI, MAGUIRE SEDIA PERGI ‘TRAINING’ BAWA AXIA