Artikel Pilihan

PEKERJA FERRARI BAKAL TERIMA BONUS LUMAYAN – CUKUP UNTUK BELI FIAT PANDA SECARA TUNAI

Bonus lima angka. Itulah jumlah bonus yang bakal dibayar Ferrari kepada pekerja-pekerja mereka. Selepas mencatatkan rekod jualan 13,752 unit kenderaan pada tahun 2024 (meningkat 0.7 peratus berbanding 2023), Ferrari bakal berkongsi keuntungan dengan tulang belakang mereka, para pekerja yang berdedikasi.

Dalam satu sidang akhbar bersama pengamal media Itali, pengurusan tertinggi Ferrari mengumumkan khabar gembira itu kepada 5,000 pekerja mereka.

Jumlah bonus yang akan diterima ialah sekitar USD15,000 setiap seorang. Dengan kata lain jumlah tersebut membolehkan mereka membeli sebuah Fiat Panda baharu secara tunai. Sebenar kurang sikit je dari nilai Fiat Panda tapi penjual kereta di Eropah memang terkenal dengan kemurahan hati mereka untuk memberikan diskaun asalkan dapat membuat jualan.

Bonus tahunan ni memang bukan perkara baharu bagi pekerja Ferrari tapi tahun ini merupakan yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sudahlah dapat bekerja di syarikat ternama dunia yang menjadi idaman ramai. Mereka juga berpeluang memiliki kenderaan tanpa mengusik gaji bulanan yang diterima.

Inilah majikan yang mengenang jasa pekerja. Mereka tahu yang para pekerja merupakan tulang belakang sesebuah syarikat yang sewajarnya diberikan penghormatan.

Google ads
"
"
Back to top button