
JAECOO J7 PHEV TEMPUH 1,300KM DENGAN SATU CAS PENUH DAN TANGKI MINYAK
Malaysia kini menjadi salah satu daripada tujuh negara yang menguji keupayaan JAECOO J7 PHEV dalam maraton pemanduan jarak jauh yang menghubungkan Guangzhou ke Wuhu, China.
Bersama Malaysia, pasukan pemandu multinasional dari Itali, Mexico, Arab Saudi, Sepanyol, Turki, dan United Kingdom berjaya melengkapkan perjalanan lebih 1,300km hanya dengan satu tangki minyak serta cas bateri penuh tanpa perlu berhenti untuk mengecas semula.
Menembusi Batasan Jarak Plug-in Hybrid (PHEV)

Perjalanan 13 jam dari Guangzhou yang bermula pada 16 Oktober 2024, menyaksikan pemanduan dalam pelbagai keadaan seperti kesesakan lalu lintas, jalan raya nasional, dan lebuh raya antara bandar.
Atas kertas, JAECOO J7 PHEV mempunyai jarak elektrik tulen sehingga 106km serta penggunaan bahan api terendah dalam kelasnya iaitu 5.99 liter per 100km dalam keadaan kuasa habis.
Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, berkata bahawa semasa maraton pemanduan ini, J7 PHEV berjaya mencapai jarak 125.2km dalam mod elektrik tulen, melebihi spesifikasi asalnya sebanyak 19.2km.
Tambahnya lagi, ini merupakan bukti teknologi Super Hybrid System (SHS) JAECOO yang memberikan kecekapan tenaga lebih baik.

JAECOO J7 PHEV Tiba Di Malaysia
JAECOO J7 PHEV dijangka dilancarkan secara rasmi di Malaysia menjelang akhir tahun ini. Ia menampilkan reka bentuk luaran yang hampir sama dengan model petrol J7.
Bezanya terletak pada enjin hibrid, keupayaan pengecasan DC, dan ciri output luaran yang membolehkan pengguna mengecas atau menghidupkan peralatan elektronik seperti projektor, cerek, atau pengering rambut.
Model ini akan hadir dalam dua varian, iaitu varian Pacuan Semua Roda (AWD) dengan tujuh mod pemanduan serta varian Pacuan Dua Roda (2WD) dengan tiga mod pemanduan.
Sistem PHEV ini dilengkapi bateri 18.3kW dan tangki minyak 60 liter, mampu menghasilkan 525Nm tork.
JAECOO J7 PHEV akan dipratonton di Sunway Pyramid dari 23 hingga 27 Oktober. Maklumat lanjut boleh didapati di www.jaecoo.com.my







