
JAECOO J8 RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM178K
Omoda Jaecoo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan rasmi SUV terbaharu mereka iaitu Jaecoo J8.
SUV ini ditawarkan dalam dua varian iaitu pacuan dua roda hadapan (2WD) dan pacuan semua roda (AWD), dengan harga permulaan sekitar RM178,800.
Rekaan Jaecoo J8 menyerlah dengan dimensi 4.82 meter panjang, 1.93 meter lebar dan 1.71 meter tinggi, serta jarak antara roda sepanjang 2.82 meter. Penampilannya cukup garang dan moden, menandakan kehadiran model ini sebagai pesaing serius dalam segmen D.

Menariknya, pelanggan ditawarkan dua konfigurasi tempat duduk – lima atau enam tempat duduk. Susun atur enam tempat duduk, khusus untuk varian AWD, menggunakan format 2-2-2, menjadikan ia lebih eksklusif dan praktikal untuk kegunaan keluarga mahupun korporat.
Ciri-Ciri Dalaman Utama:
- Dua skrin bersaiz 12.3 inci – untuk infotainmen utama dan panel instrumen digital.
- Kamera pandangan 540-darjah – memberikan pandangan sekeliling penuh untuk parkir dan keselamatan.
- Balutan kulit tiruan – menyerlahkan suasana kabin yang mewah.
- Sistem bunyi Sony 12 pembesar suara – disediakan secara standard.
Varian AWD menambah:
- Sistem audio Sony 14 pembesar suara dengan pembesar suara di perehat kepala.
- Pintu berkuasa automatik.
- Sistem pewangi kabin terbina dalam.
- Kerusi pemandu berpengudaraan.
- Perakam video digital (DVR) terbina.
- Akses NFC untuk fungsi kad kunci pintar.
- Sistem suspensi Continuous Damping Control (CDC) untuk keselesaan maksimum.
Dari segi prestasi, kedua-dua varian J8 dijana oleh enjin 2.0-liter pengecas turbo empat silinder, dengan output 249hp dan 385Nm tork.

Model AWD mencatat pecutan 0–100 km/j dalam 9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 200 km/j.
Pilihan Warna:
- Carbon Crystal Black
- Khaki White
- Olive Grey
Untuk varian AWD, ketiga-tiga warna ditawarkan dengan bumbung hitam, menghasilkan gaya dua tona yang lebih sporty dan elegan.
Beralih pada harga, perincian adalah seperti berikut:
- Jaecoo J8 AWD: RM198,800
- Jaecoo J8 2WD: RM178,800
GALERI:
























