
Motosikal
YAMAHA PERKENAL COVERSET EDISI TERHAD YAMAHA LC 135 FI – RM480
Yamaha Motor Malaysia memperkenalkan coverset edisi terhad bagi motosikal segmen kapcai popular, Yamaha LC 135 Fi.

Menurut Yamaha, coverset edisi terhad itu diinspirasikan sepenuhnya daripada jentera lumba Yamaha dan hadir dengan dua warna menarik; Yamaha Team ASEAN Blue dan Redracer.

Aksesori terbaru ini bukan setakat simbol gaya malah menyuntik kelainan pada motosikal LC 135 Fi milik peminat Yamaha.

Coverset edisi terhad ini boleh didapati dengan harga cadangan RM480 dan orang ramai boleh mendapatkan aksesori terbaru ini di pengedar sah Yamaha seluruh negara.







