Buletin

JAMBATAN TOWER BRIDGE DIBUKA SEMULA SELEPAS TERSEKAT SELAMA 12 JAM

Jambatan Tower Bridge dibuka semula kepada laluan trafik selepas tersekat akibat masalah teknikal selama hampir 12 jam.

Kedua-dua seksyen jambatan itu tersejak sejak tengah hari Isnin lalu selepas memberi laluan kepada lapal untuk merentasi Sungai Thames.

Insiden itu merupakan yang kedua berlaku dalam tempoh setahun.

Menurut laporan BBC, jambatan itu dibuka semula kepada trafik dan pejalan kaki kira-kira pukul 1.45 pagi waktu tempatan.

Tower Bridge yang dibina antara 1886 dan 1894 menjadi struktur ikonik di London.

Jambatan itu direkodkan dibuka kira-kira 800 kali setahun. – BBC/AP

Google ads
Back to top button