Buletin

JANGAN PERGI KE JALAN ULU YAM. ADA RAMAI PEMANDU BODOH DI SANA

Sejak semalam, tular klip video yang menunjukkan dua kemalangan berlaku di laluan Ulu Yam. Sedia maklum bahawa jalan Ulu yang bengkang-bengkok menjadi antara lokasi kegemaran pemandu untuk melayan selekoh dan test power kereta sama ada secara konvoi atau berseorangan. 

Maka, tidak hairanlah jika laluan itu kerap berlaku kemalangan, hasil tindakan segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain.  

Terbaharu, tular klip video berdurasi 15 saat yang dirakam dari arah belakang menunjukkan sebuah kereta berwarna putih dipandu laju. Namun, secara tiba-tiba dia dilihat seperti hendak mengelak sesuatu pada bahagian kiri jalan. 

Tindakan itu menyebabkan kereta berwarna hitam di belakangnya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah Honda BR-V yang kebetulan berada di laluan bertentangan. Pelanggaran kuat itu menyebabkan BR-V tersebut terpelanting ke bahagian kiri jalan. 

Satu lagi klip video pula menunjukkan rakaman yang lebih dekat dengan pelanggaran tersebut. Sebuah kereta putih dipandu laju dan cuba mencucuk kereta berwarna hitam yang merakam video berkenaan. Namun, mungkin disebabkan gagal melakukan brek kecemasan, ia melanggar bahagian kanan kereta belakang kereta hitam itu sebelum menghentam Honda BR-V berkenaan. 

Perkongsian video itu menyebabkan orang ramai menyelar sikap pemandu kereta yang memandu secara berbahaya dan berkonvoi sehingga mengakibatkan kemalangan pada pengguna jalan raya lain.

“Kereta BMW itu brek secara mengejut, motif mungkin kereta itu ikut rapat belakang, itu makan dia. Niat tak menghalalkan cara, janganlah suka cucuk kereta depan kalau rasa kereta itu tak laju,” kata Long Zack.

“Jalan Ulu Yam ke Batang Kali ini memang selalu geng-geng kereta ‘test power’ dengan skill kadang-kadang double line pun diorang nak potong lagi-lagi hari minggu,” tambah Che Deng.

“Ini ialah sikap pemandu yang tak menggunakan akal fikiran dengan waras dan mengakibatkan kemalangan terhadap orang lain,” ujar Rahmat Basri.

Selain itu, tidak kurang juga yang meminta pihak polis untuk mengadakan sekatan jalan raya pada hari minggu lagi-lagi di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.- K! ONLINE

Google ads
Back to top button