Buletin

BELANJA RM5 DENGAN KAD ATM DI PETRON, REBUT PELUANG MENANGI PROTON X7O DAN YAMAHA MT-25

Petron Malaysia bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melancarkan pertandingan ‘Petron Fuel Champs! MyDebit Je bersama Kad ATM anda’ untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan mengisi bahan api menggunakan kad ATM MyDebit mereka.

Dengan pembelian bahan api minima RM5 di Petron, pemegang kad ATM MyDebit berpeluang memenangi sebuah Proton X50 1.5T Executive dalam cabutan hadiah utama.

Dua pemenang hadiah tempat pertama akan memenangi sebuah motor Yamaha MT-25, sementara tiga pemenang hadiah kedua pula akan membawa pulang TV QLED Samsung 65 inci.

Sepuluh pemenang hadiah saguhati akan menerima mata ganjaran Petron Miles bernilai sehingga RM700. Semua pemenang juga akan menerima jersi bola sepak antrabangsa edisi terhad.

MyDebit merupakan satu-satunya skim kad di Malaysia yang tidak memberi had RM200 di pam minyak. Pelanggan boleh menetapkan harga pembelian minyak dan hanya jumlah itu sahaja yang akan dihadkan semasa pengisian. Jika pelanggan mengisi minyak kurang daripada jumlah yang ditetapkan, lebihan jumlah akan dikreditkan semula kepada akaun bank sejurus selepas pengisian minyak selesai.

Selain hadiah-hadiah utama yang ditawarkan, enam pemenang akan dipilih setiap bulan sepanjang tempoh promosi.

Pada Ogos, tiga pelanggan bertuah telah memenangi hadiah tempat pertama, membawa pulang jersi bola antarabangsa yang telah ditandatangani. Manakala tiga pemenang hadiah kedua pula menerima mata ganjaran PMiles bernilai RM500. 

Enam pemenang bulanan akan dipilih untuk September dan Oktober. Semua pemenang berpeluang menyertai perjumpaan secara maya bersama pemain bola sepak Polish lagenda, Jerzy Dudek.

Pertandingan ‘Petron Fuel Champs! MyDebit Je with your ATM Card’ berlangsung bermula 1 Ogos sehingga 30 Oktober 2021.

Pelanggan hanya perlu membuat pembelian RM5 menggunakan kad ATM mereka di pam minyak dan hantarkan resit pembelian mereka melalui Whatsapp di 019-388 6733, atau Whoop App. Whoop App boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play Store. Pelanggan boleh menghantar lebih dari satu penyertaan kerana setiap bukti pembelian mewakili satu penyertaan.

Google ads
Back to top button