
ENJIN KERETA OVERHEAT. RUPANYA DIKHIANAT MEKANIK DI ULU YAM
Tak berapa lama dulu, berlaku beberapa kes di mana kereta yang berhenti di R&R dikhianat oleh individeu tak bertanggungjawab. Modus operandinya ialah dengan membuka skru “drain” radiator yang akan menyebabkan air dalam radiator kering.
Hanya beberapa kilometer diperlukan untuk kereta tersebut jadi overheat. Kemudian, skripnya sama, akan datang “mekanik” yang pura-pura cuba membantu dengan memeriksa kereta tersebut. Mekanik ini akan memasang skru semula dan meminta bayaran yang tak munasabah.
Pihak PLUS juga telah meletakkan amaran di kawasan R&R mereka berkenaan isu ini.
Kali ini, modus operandinya hampir sama. Tapi individu ini menjalankan kegiatan mereka di pusat rekreasi Ulu Yam. Perkara ini diceritakan sendiri oleh mangsa yang dapat “menghidu” penipuan yang dilakukan.
Berikut ialah catatan saudara Abdul Hakim.
…………………………………………………………………………………
Ini ciapan yang sangat panjang dan perlu berhati-hati selepas membacanya!
Hari ni aku sekeluarga pergi beriadah bersama keluarga Abang ipar ke Taman Eko Rimba, Sungai Tua, Ulu Yam. Kami menaiki kereta berasingan.
Selepas selesai mandi manda lewat tengah hari kami bergerak pulang melalui arah jalan berlainan. Baru beberapa kilometer jalan balik tiba-tiba ‘temperature’ kereta naik mendadak. Aku berhenti tengok radiotar air kering kontang. Isi-isi air tak juga penuh. Ada bocor di bawah.

Tak sampai 5 minit tiba-tiba datang seorang lelaki bermotorsikal tanyakan keadaan keretaku. “Bagusnya panas-panas macam ni ada orang datang nak Bantu”, kataku.
“Bang radiotor bocor ni skru nya hilang ni. Abang tunggu sekejap saya pergi bengkel ambil skru. 10 minit lagi sy sampai”, katanya. Bagusnya lah dia ni.
Sementara dia ke bengkel, Abang ipar telefon bagi tahu kereta dia rosak juga temperature naik. Skru hilang. Ah sudah fenomena apa yang berlaku ni.

Pomen tadi pun tiba semula tapi dia kata skru baru tiada hanya yg second hand yang ada. Siap tanya abang pakai model Kereta apa.
Aku dah mula sangsi. Sambil dia pasang aku macam ada bau scammer jadi aku tangkaplah gambar untuk simpan sebagai kenangan di hari tua.
Lepas siap pasang aku tanya berapa harga. Ikut Abang lah nak bagi berapa. Aku cakap RM10 boleh? Tak boleh lah bang. RM30 lah bang. Minta diskaun pun tetap suruh bayar harga tu. Malas panjang cerita aku bagi jelah. Rezeki dia kerja hari cuti ni.

Aku hubungi Abang iparku semula. Aku tanya ada tak orang datang naik motor Honda merah lagak seperti seorang Pomen. Ada katanya. Dia sedang pergi bengkel ambil skru. Fuh modus operandi yang sama. Hebat Pomen scam ni.
Abang iparku cakap mula sebelum pasang dia nak caj RM65. Kegilaan apakah ini. Buat tak layan dia patah balik minta punya minta dia bagi RM20 tapi kena pasang sendiri. Sekali dia bagi skru sebiji macam skru yg sama. Ada calar-calar sikit. Sekian cerita kami yang ditipu hujung minggu.
Oleh itu bagi mereka yang ingin beriadah di sekitar air terjun Ulu Yam atau di mana sahaja pastikan keadaan kereta anda sebelum dan selepas meletakkan Kereta. Bawa skru radiator lebih.
Bagi pihak pengusaha kawasan air terjun mungkin boleh ditambah baik ciri keselamatan di kawasan letak Kereta, cafe atau tandas dengan memasang CCTV.
Ada ke yang pernah mengalami fenomena pelik seperti ini? Cuba kongsi sikit pengalaman anda.
Moga kita semua lebih berhati-hati selepas ini.
Pesanan ikhlas daripada
Budak gemok kena scam tak kurus-kurus
KREDIT: ABDUL HAKIM SHAHBUDDIN