Buletin

JEFFERSON OLIVIERA MENJADI MANGSA ROMPAKAN KERETA DI RIO

Penjaga gol antarabangsa Brazil, Jefferson Oliviera Galvao menghadapi detik-detik cemas minggu lepas bila SUV Range Rover Evoque yang dipandunya dirompak oleh sekumpulan lelaki bersenjata sewaktu berhenti di persimpangan di tengah bandar Rio de Janeiro.

Atlit berusia 34 tahun itu (sebaya dengan Abang Japar) dalam perjalanan untuk sesi latihan bersama kelab Botafogo pagi Ahad lalu bila sebuah kereta tiba-tiba berhenti di hadapan Range Rover Evoque beliau dan sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu keluar ke arah beliau.

Salah seorang lelaki tersebut dengan segera menghalakan sepucuk pistol ke arah beliau di bahagian tempat duduk pemandu, manakala seorang lagi menuju ke bahagian belalakang kereta. Insiden ini dirakam dengan jelas oleh CCTV dan menunjukkan bagaimana Jefferson dipaksa keluar dari SUV beliau dan dipaksa melutut dengan tangan di belakang kepala. Tiga penyangak itu kemudian melarikan diri dengan Range Rover Evoque kepunyaan Jefferson.

Akhbar tempatan Rio, The Sun melaporkan yang SUV tersebut berjaya ditemui kembali dalam satu serbuan tetapi tidak diketahui sama ada penjenayah terbabit berjaya ditahan ataupun tidak.

Jefferson dalam media sosial menyatakan yang beliau telah menjadi mangsa dalam keganasan yang semakin meningkat di Rio. Beliau dalam perjalanan perjalani latihan sebelum diserang sekumpulan lelaki yang ingin mencuri kereta dan barang-barang kepunyaan beliau.

Beliau bagaimanapun tetap bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam insiden tersebut. Mungkin insiden ini akan menjadi pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati.

BACA: 9 TIPS PENTING ELAK KECURIAN – PESANAN DARI BEKAS PENJENAYAH

Sebenarnya insiden sebegini bukan hanya mungkin terjadi di Rio tetapi di mana-mana sahaja. Kelalaian kita mengawasi keadaan sekitar juga mungkin membuatkan kita menjadi mangsa.

Semasa memandu atau berhenti awasi keadaan sekitar dan jangan sibukkan sangat diri kita dengan telefon bimbit. Ancaman datang dari segenap sudut walaupun secermat mana kita memandu.

VIDEO:

Google ads
Back to top button