
PLUS TERIMA PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN ANTI RASUAH PERINGKAT ANTARABANGSA
PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan pensijilan ISO 37001:2016 bagi Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) baru-baru ini.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, beliau berasa amat bangga kerana semasa berlakunya wabak COVID-19, PLUS mampu mengadaptasi cara kerja baharu dengan memanfaatkan penggunaan teknologi dalam menghubungkan kakitangan, rakan niaga dan masyarakat terhadap kepentingan menegakkan integriti.
“Pengiktirafan tersebut mengukuhkan lagi tahap kedudukan sikap sifar toleransi PLUS terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi.
“Slogan #pilihintegrititiadatoleransi yang kami terapkan menegaskan kepercayaan kami bahawa tiada kompromi terhadap perihal integriti,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Pegawai Governans dan Risiko PLUS, Satpal Singh menambah, pensijilan itu membuktikan hasil usaha luar biasa PLUS dalam mendorong ke arah pemikiran budaya ABAC ( ikrar Anti Rasuah dan Korupsi) dalam kalangan warga PLUS. Selain menunjukkan komitmen dan kesediaan PLUS terhadap keperluan tanggungjawab korporat dalam Seksyen 17 (A) Akta SPRM.
“Sebelum penerimaan pengiktirafan tersebut, PLUS telah melancarkan saluran pemberian maklumat di laman web rasminya. Ini membolehkan orang ramai melaporkan kes yang disyaki berkenaan dengan perlakuan tidak wajar PLUS tanpa perlu rasa takut dan risau terhadap sebarang tindakan balas.
“Semua laporan yang diterima adalah sulit dan tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mematuhi Prinsip ABAC PLUS,” ujar Satpal.
- BACA: WIDAD NAIKKAN TAWARAN RM5.3 BILION KUASAI PLUS 100% – KURANGKAN KADAR TOL, GUNA TEKNOLOGI AI
- BACA: MAYAT LELAKI BERTOPI KELEDAR DITEMUI DALAM LONGKANG LEBUH RAYA UTARA SELATAN
- BACA: RAKAM FOTO DI ATAS LEBUH RAYA, PEMILIK MAZDA2 BERDEPAN DENDA RM7,850 ATAU PENJARA 2 TAHUN
- BACA: SHELL BATAL CAJ TAMBAH NILAI KAD TNG DI 27 BUAH STESEN DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN