Buletin

AIRASIA JANGKA TIADA PERJALANAN ANTARABANGSA TAHUN INI

AirAsia Group Bhd. menjangkakan tiada perjalanan antarabangsa dapat dilaksanakan kumpulan penerbangan itu pada tahun ini disebabkan penularan pandemik Covid-19 belum berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, impak pandemik itu akan berlarutan dan berkemungkinan mengambil masa untuk pulih sekali gus membuka kembali perjalanan udara kepada situasi normal.

Beliau berkata, kumpulan AirAsia juga bersedia untuk berhadapan situasi sukar jika sempadan kebanyakan negara di dunia ini masih tidak dibuka sehingga akhir tahun ini.

“Kami bersedia jika tiada perjalanan udara dapat dilakukan pada tahun ini. Namun AirAsia mengharapkan krisis kesihatan dan ekonomi global ini akan pulih secepat mungkin dan tidak berlarutan sehingga Disember 2020.

“Kami sentiasa optimistik dalam perniagaan AirAsia. Tetapi kami memerlukan lebih lagi walaupun penerbangan domestik sudah dibuka,” katanya.

Google ads
Back to top button