" "
Buletin

HOLON PERKENALK BAS EV AUTONOMI MOVER – TERIMA SENTUHAN ESTETIKA PININFARINA

Sebuah jenama baharu, Holon telah memperkenalkan bas autonomi yang dikuasakan oleh elektrik sepenuhnya di Consumer Electronics Show (CES) 2023.

Jenama itu menggelarkan kenderaan itu sebagai “penggerak autonomi pertama di dunia yang dibina mengikut piawaian automotif”. Bas itu dihadkan kepada kelajuan tertinggi 59km/j dengan jarak gerak sejauh 289km.

Holon dimiliki oleh Benteler Group, sebuah syarikat dari Jerman yang terlibat dalam beberapa bidang, daripada keluli hingga teknologi automotif. Jenama itu berharap dapat memasuki industri perniagaan perkhidmatan perkongsian perjalanan seperti Uber atau Lyft.

Holon melihat bas sebagai mod pengangkutan yang sesuai untuk kegunaan di bandar, kampus kolej, lapangan terbang atau di mana-mana sahaja, sesuai dengan kapasiti maksima jarak tempuh bas tersebut.

Dikenali sebagai ‘Mover,’ ia mampu memuatkan sehingga 15 orang dengan susunan tempat duduk yang memberikan lebih privasi kepada penumpang. Fakta menarik lain tentang Mover ialah ia mendapat sentuhan Pininfarina yang bertanggungjawab terhadap aspek estetika Mover.

Jenama itu turut merancang untuk menjalankan program perintis di luar Hamburg. Di Amerika Syarikat, mereka telah pun menjalin kerjasama dengan Beep, sebuah syarikat mobiliti autonomi.

Menurut Holon, ciri automatik untuk kerusi roda turut tersedia bagi memberikan keselesaan kepada penumpang. Selain memuatkan maklumat dalam Braille dan panduan audiovisual sebagai sokongan kepada penumpang yang mengalami cacat penglihatan.  

Teknologi pandu kendiri itu kini berada di SAE Tahap 4. Ini bermakna tiada campur tangan manusia diperlukan buat masa ini. Holon juga dibina pada seni bina modular yang sepatutnya mempunyai pelbagai variasi.

Mover boleh digunakan untuk aplikasi penumpang dan pengangkutan, dengan tumpuan khusus pada penghantaran jarak jauh seperti van Amazon Rivian.

Mover bakal dilancarkan di AS menjelang akhir 2025 sebelum meluaskan perkhidmatannya di Eropah, Asia Barat dan Asia.

Google ads
Back to top button