
HONDA LEGEND KC2, MODEL LEGEND TERAKHIR PADA 2021
Untuk segmen sedan, Honda menawarkan Accord sebagai model teratas selepas Civic namun di pasaran tertentu ada model yang lebih premium iaitu Honda Legend.
Tidak sukar untuk memahami posisi tersebut kerana Legend turut dikongsi bersama Acura dan dijual di Amerika Syarikat (AS).
Menariknya, nama Legend dikekalkan oleh Acura untuk dua generasi terawal sebelum digantikan dengan RL untuk dua generasi dan diakhiri RLX.

Satu lagi fakta menarik ialah Legend generasi pertama adalah hasil kerjasama di antara Honda dan Austin Rover Group dan Britain.
Dari segi susunan, Acura RLX diperkenalkan di Los Angeles, AS pada 2013 dan Honda Legend KC2 menyusul di Jepun pada tahun berikutnya.
Secara amnya, Legend mempunya lima generasi sejak diperkenalkan pada 1985.
Kedua-dua model itu lama di pasaran sebelum RLX ditamatkan pada 2020 dan Legend berakhir pada 2021.

Sebagai sebuah sedan mewah dan sebelum ditamatkan Legend KC2 dibekalkan enjin besar 3.5 liter V6 i-VTEC dengan nadi hibrid yang menghasilkan 382 ps dan tork 463Nm.
Walaupun besar, Honda menggunakan teknologi Variable Cylinder Management (VCM) yang hanya mengaktifkan tiga atau silinder berdasarkan keperluan sahaja.
Legend Sport Hybrid SH+ AWD menggunakan tiga motor elektrik dan dan dipadan bersama transmisi dua klac (DCT) automatik tujuh kelajuan.

Sedan hibrid itu menggunakan tiga motor elektrik dengan satu di depan dan dua lagi di belakang bagi menggerakkan roda kanan dan kiri secara bebas atau berasingan.
Sistem pemanduan Legend juga canggih dan boleh menukar di antara pacuan empat roda, roda depan dan roda belakang bergantung kepada keadaan pemanduan dan jalan raya.
Jumlah tenaga yang dihasilkan oleh setiap roda juga boleh dikawal secara bebas dan serta-merta.

Sistem hibrid Legend dimanfaatkan dengan mod EV yang hanya memacu roda belakang, pacuan hibrid menggunakan kedua-dua kuasa motor elektrik dan enjin.
Mod enjin pula hanya menggunakan enjin sahaja untuk memacu kereta.
Selain keperluan dan keadaan pemanduan, prinsip pemilihan kuasa dan pacuan dibuat berdasarkan mod pemanduan paling cekap tenaga.

Pada tahun terakhir dijual, Honda memperkenalkan Legend dengan teknologi bantuan pemanduan Honda SENSING Elite.
Seperti biasa, Honda Access menawarkan kit tambahan yang menambah lagi karakter sporti Legend.
Harus tahu, RLX dan Legend berukuran 5,032 milimeter (mm) dan meletakkannya sebagai sedan Acura dan Honda terpanjang.
Aksesori Honda Access yang ditawarkan terdiri daripada roda aluminium 19 inci Modulo MG-026, bingkai gril, garnish krom untuk cermin sisi, pembuka pintu dan bahagian bawah pintu.

Turut ditawarkan lampu suluhan jalan yang memaparkan logo LEGEND apabila pintu dibuka dan ditutup.
Pada bahagian dalam, Honda Access menawarkan pelapik ambang pintu dengan nyalaan LED, alas kaki premium yang tebal dan menariknya sarung kerusi yang mengingatkan pada model Honda terdahulu.
Lagi aksesori yang ditawarkan ialah stereng dengan kombinasi kayu dan balutan kulit dan pengecas tanpa wayar Qi.
Berkenaan harga, pada tahun terakhir jualannya, Legend Hybrid EX ditawarkan pada 7,249,000 yen atau RM239,749.21 pada nilai tukaran sekarang ini.

BACA: HONDA N-WGN 2022 DENGAN KIT HONDA ACCESS! ADA 3 TEMA
BACA: HONDA BAKAL LANCAR VAN ELEKTRIK DARI N-VAN, JARAK PANDU 200KM!
BACA: ACURA RLX 2018 – SAUDARA DEKAT HONDA LEGEND





















