
PEREKA KERETA ITALI, PININFARINA MEREKA BENTUK CASING PHONE, INSPIRASI DARI FERRARI MODULO, HARGA LEBIH RM43K!
Pereka kereta Itali, Pininfarina telah mereka bentuk sarung telefon premium. Reka bentuk tersebut diilhamkan daripada Ferrari Modulo yang diperkenalkan pada pada 1970 Geneva Motor Show.
Menurut laporan Silodrome, Pininfarina telah bekerjasama dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Inkar. Digayakan oleh pembantu pereka, Paolo Lugaro, sarung telefon itu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
Sudah tentu ia adalah keluaran terhad serta harganya tidak murah. Hanya 99 sarung telefon akan dibuat untuk keluaran iPhone 13 Pro dan iPhone 14 Pro pada harga AS$10,000 (RM43,660). Sebagai menghargai pelanggan, lima pembeli terawal akan mendapat kemasan garis merah perak eksklusif.

Sesuai dengan produk premium sebegitu, setiap sarung akan diukir dengan nombor siri yang unik. Ini membolehkan anda mengenal pasti sama ada ia adalah sarung eksklusif atau model tiruan.
Ia turut menawarkan lima pilihan warna serta dua jenis kulit berbeza pada sekeliling bahagian lensa selain terdapat sepuluh pilihan plat sandaran yang berbeza, dengan pilihan material termasuk kulit, gentian karbon, kayu atau aluminium. Sebahagian daripada kulit tersebut dilaporkan daripada stok lama, iaitu digunakan pada binaan Pininfarina sebenar.
Sesuai dengan pasaran masa kini, pemilik juga akan diberikan sijil digital NFT sebagai bukti pemilikan mereka. Kelebihan memiliki sijil digital NFT adalah ia akan digunakan untuk memberikan pelanggan akses awal untuk membeli produk masa depan Inkar.
Inkar juga telah menyatakan ia akan menderma sebahagian daripada hasil jualan yang kepada badan amal UNHCR.
- BACA: FOUNDER PRODUK MENUNJUK PANDU LAMBORGHINI, NETIZEN CAKAP “KAT LANGKAWI ORANG BUAT SEWA JA LAMBO NI…”
- BACA: JDT HUMMER TOUR PRODUK PELANCONGAN BAHARU JOHOR. TIKET RM30 BOLEH PUSING-PUSING STADIUM
- BACA: PRODUKSI MERCEDES DI INDIA TERJEJAS KERANA SEEKOR HARIMAU BINTANG – BESAR MASALAH NI
- BACA: 10 PRODUK BUKAN AUTOMOTIF BUATAN HONDA. BUKAN KERETA, BUKAN MOTOSIKAL