
POLIS CARI KANAK-KANAK SEMBUR CAT PADA KERETA DENGAN PERKATAAN TAK SENONOH DI PULAU PINANG
Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan menyembur cat pada beberapa buah kereta di tempat letak kereta di kawasan Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas.
Kelmarin, tular insiden vandalisme tersebut di Pulau Pinang dalam Facebook Penang Kini. Hantaran tersebut memaparkan tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berserta beberapa gambar kereta telah disembur dengan cat di tempat awam.
“Beberapa buah kenderaan menjadi sasaran vandalisme yang disyaki oleh seorang budak. Suspek telah spray bahagian tepi kereta dengan perkataan tidak senonoh. Kejadiaan berlaku petang tadi di sekitar Tingkat Kenari Sungai Ara,” jelas kenyataan dari hantaran di Facebook Penang Kini.

Netizen menyelar tindakan tidak bermoral kanak-kanak terbabit kerana ia menyebabkan pemilik kereta terpaksa menanggung kerugian untuk membaik pulih bahagian yang terjejas.
“Apa masalah depa ni sampai pi pedajal kereta orang? Sapa yang ada video si pelaku elok serah kat balai polis, biar polis tangkap depa. Melampau sangat perangai tu,” tulis seorang pengguna di Facebook.
Ada beberapa komen menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut tidak menyembur secara rawak, seolah-olah mempunyai sasaran tertentu.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, pihak polis telah menerima lima laporan daripada pemilik kereta yang menjadi mangsa vandalisme.
Pemilik telah mengemukakan laporan bahawa kenderaan mereka disembur dengan cat yang memaparkan perkataan tidak senonoh pada bahagian pintu.
Perbuatan itu disyaki dilakukan oleh seorang kanak-kanak antara 2 hingga 2.30 petang. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Wan Muhammad Syamim Wan Azmi dengan menelefon 04-8662222. –Penang Kini
- BACA: MISTERI MCLAREN MERAH JAMBU. TAK BERGERAK LEBIH DUA TAHUN DARI RUANG PARKIR HOTEL DI LONDON
- BACA: HANYA DI FILIPINA – TIADA RUANG PARKIR? CAT SENDIRI GARISAN PARKIR!
- BACA: TENDANG KERETA POLIS SENDIRI DAPAT PENYAKIT – LAIN KALI ADA OTAK TU GUNA
- BACA: REMAJA LELAKI BAKAR LEBIH 100 BUAH KERETA DI SWEDEN





