Buletin

JENAMA WULING KINI DI PASARAN INDONESIA

Mendengarkan jenama Wuling pasti ramai yang menggelengkan kepala tidak tahu apakah bendanya ini. Wuling ini adalah salah satu jenama buatan Temboh Besar China yang kini ingin cuba mencuit sedikit kek pasaran kenderaan bagi segmen MPV di Indonesia. Wuling Motors telah melancarkan Wuling Confero S sebagai permulaan untuk mencuba nasib di sana.

BACAHONDA LANCAR CIVIC 1.0 TURBO DI CHINA – 3 SELINDER, DOHC, 129HP

BACARANGE ROVER EVOQUE ORI VS EVOQUE-CHINA: KEMALANGAN ATAU KEBETULAN?

Iya, memang benar, Liga bagi persaingan MPV di Indonesia terlalu luas. Cukup luas dan besar kek pasaran bagi segmen MPV. Kalaulah diibaratkan  pertandingan bolasepak, Liga MPV sana dah boleh dibuat dua divisyen sebenarnya. Dengan pengenalan secara rasmi Wuling Confero S ini, maka sahlah PT SGMW Motor Indonesia (Wuling Motors) bakal bersaing dalam liga bawahan (kategori MPV murah dan mampu milik) dengan jenama handalan yang lain terutamanya Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia.

Bagi menjadikan ianya adalah bakal seteru utama segmen MPV berkos rendah, maka Wuling Confero S atau nama sebenarnya Wuling Hong Guang S hanya dibekalkan dengan enjin bersesaran 1485 cc dengan 4 silinder segaris dan bertransmisi C-VVT dan menggunakan transmisi manual. Kiranya tidaklah bermasalah sangat untuk memecut di kala mudik raya nanti,iya kan pak! Kalau diikutkan tentang paras rupa, payah juga nak faham bahasa rekebentuk Wuling Confero S ini. Bahagian belakang meninggi dan berkotak seumpama Toyota Kijang manakala jatuh menjunam di sisi hadapan persis Proton Exora.

Sungguhpun rekebentuknya kelihatan agak konservatif, tetapi percayalah, ianya mampu menjanjikan ruang barisan ketiga yang cukup luas untuk dihuni oleh bapak panda (tipikal MPV murah ini barisan ketiga selayaknya hanya diisi oleh Garfield sahaja). Lihat sahaja pada dimensinya, kira-kira 4.530 mm panjang dan 1.691 mm lebar. Dengan pilihan 7 atau 8 tempat duduk, sudah tentu Wuling Confero S ini mudah untuk menjadi pilihan rakyat Indonesia. Jadikan sebagai kenderaan Wisata di Bandung pun moleh juga rasanya.

Lain-lain ciri-ciri yang terdapat pada Wuling ini termasuklah ABS & EBD, dua Airbag tersedia,dan tidak lupa juga Pemain Utama dengan skrin sesentuk bersaiz 8 inci sebagai hiburan untuk menempuh perjalanan yang jauh. Nah, boleh tahan menarik juga sebetulnya spesifikasi yang dibekalkan untuk djadikan bekalan bagi merebut hati bakal pembeli. Harganya pula cukup terjangkau, kira-kira IDR 150juta (RM48,000) sahaja.

Google ads

B K

Back to top button