JENTERA RED BULL F1 BERLUMBA DARI KASINO KE DATARAN OFFROAD DI VEGAS
Tahun ini merupakan kali pertama Formula 1 akan bertandang ke Las Vegas Strip. Perlumbaan bakal berlangsung November akan datang dan kehangatan makin dirasai. Pasukan Red Bull F1 telah menghasilkan video khusus untuk mempromosikan perlumbaan yang bakal berlangsung dan video ini dibintangi oleh pelumba mereka Sergio Perez dab Prinsipal pasukan, Christian Horner sendiri.
Dalam video tersebut Perez dan Horner bertemu dalam lif dan Perez menceritakan bagaimana jentera RB7 F1 beliau boleh tersangkut di bumbung kasino. Kisah bermula di meja kasino bila Perez bertanding dengan pelumba off-road Red Bull, Bryce Menzies dan pertandingan keduanya kemudian bersambung dengan jentera perlumbaan masing-masing.
Keduanya meluru keluar dari kasino dengan jentera masing-masing dan kemudiannya berlumba di dataran berdebu Vegas. Siapa pernah bayangkan jentera F1 mampu berlumba di laluan off-road tapi ini laluan yang rata sebenarnya, cuma berdebu kerana tidak diturap. Apa pun ia satu perlumbaan yang menarik antara dua genre yang berbeza.
Nak tau siapa menang kenalah tonton sendiri. Terdapat juga adegan jentera F1 ini berlumba dengan pancutan air yang terkenal di Vegas. Mana lagi laju? Pancutan air Vegas ataupun jentera F1? Korang rasa?
Akhir sekali jawapan kepada persoalan kenapa jentera Red Bull F1 berada di atas bumbung kasino terjawab dengan kemunculan seorang ahli silap mata. “Magic” bak kata Barkoba selepas pekena air ketum dalam telemovie arahan arwah Mamat Khalid.
Jom tonton video promosi F1 Vegas ni. Dijamin lebih menarik dari drama sedih malam raya ataupun kisah korporat Melayu dengan pekerja seramai 25 juta orang.