Artikel PilihanBuletin

JERMAN HARAMKAN KERETA BERENJIN PETROL/DISEL MENJELANG 2030

Jerman cukup serius untuk menjadikan negara mereka bebas pencemaran dari kenderaan menjelang 2030. Satu resolusi telah dipersetujui oleh Majlis Persekutuan yang dikenali Bundesrat untuk mengharamkan sepenuhnya kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman, kurang 15 tahun dari sekarang.

Mulai 2030, hanya kenderaan berkuasa elektrik atau hidrogen sahaja yang akan ditawarkan di pasaran Jerman. Bukan itu sahaja Bundesrat juga memberi cadangan kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikut langkah mereka demi menjadikan benua Eropah bersih dari pencemaran kenderaan. Lazimnya, polisi Jerman akan mendapat persetujuan dari majoriti negara Eropah.

Bundesrat juga mencadangkan Kesatuan Eropah untuk mengkaji semula polisi cukai terhadap kenderaan bebas emisi- isyarat jelas supaya kenderaan bebas pencemaran ini dikecualikan atau dikurangkan dari struktur cukai supaya lebih ramai orang mampu memilikinya.

04 Nissan LEAF_Back

Pengeluar kenderaan sudah maklum dengan undang-undang emisi yang semakin ketat. Kenderaan berenjin disel merupakan pilihan pengguna kerana murah dan menjimatkan bahanapi namun sejak undang-undang emisi yang semakin ketat, pengeluar bimbang mereka tidak lagi mampu menghasilkan kenderaan disel yang mampu milik.

Apakah kesannya kepada kita? Setakat ini, ia belum memberi kesan langsung terhadap industri automotif luar Eropah. Bagaimanapun, pengeluar telah mengambil pendekatan bersedia untuk polisi seterusnya yang akan dibincangkan kelak.

Cuma kami sedikit skeptik kerana kenderaan berat dan jentera masih lagi memerlukan enjin pembakaran dalaman disel untuk bergerak. Lori, bas dan trak pengangkutan merupakan pengangkutan utama domestik di sana.

Pun begitu, ia bergantung sepenuhnya pada teknologi. Lebih cepat dibangunkan, lebih cepat dunia ini bersih dari pendemaran karbon kenderaan. Sudah tentu, konsumsi elektrik nanti akan memerlukan persediaan besar infrastruktur rantaian bekalan tenaga yang berlipatkaliganda.

Tapi siapa tahu kan?

 

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button