Buletin

JIM CARREY BELANJA KREW PRODUKSI SONIC 2 CHEVY BLAZER RS

Pelakon Jim Carrey mempunyai cara tersendiri dalam meraikan sekuel filem Sonic the Hedgehog apabila menawarkan hadiah Chevrolet Blazer RS kepada salah seorang krew produksi yang bertuah.

Menurut TMZ, pelakon berkenaan mengambil keputusan menawarkan kenderaan baharu itu sebagai tanda penghargaan kepada salah seorang krew produksi dalam meraikan kejayaan menyiapkan filem terbabit.

Jim Carrey membelanjakan kira-kira AS$40,000 (RM164,500) untuk kenderaan Chevrolet Blazer RS tersebut.

Sudah menjadi tradisi pihak produksi mahupun selebriti memberi hadiah kepada tenaga kerja selepas selesai sesuatu projek yang memakan masa lama.

Begitupun, hadiah sebuah kenderaan adalah sesuatu yang agak bermakna.

Ia berikutan krew produksi selalunya akan menerima hadiah yang tidak begitu mahal seperti sebuah kenderaan ataupun rumah. – autoevolution

Google ads
Back to top button