Buletin

MICHELIN BAKAL BIKIN TAYAR GUNA BOTOL PLASTIK KITAR SEMULA

Michelin  telah menjalin kerjasama dengan syarikat biokimia Perancis Carbios dalam membangunkan tayar menggunakan produk plastik kitar semula.

Dalam satu kenyataan, syarikat tayar gergasi itu mendedahkan mereka berjaya menguji teknologi plastik kitar semula.

Proses berkenaan bergantung kepada enzim yang dapat memecahkan polyethylene terephthalate (PET) digunakan pada produk plastik seperti botol dan pakaian.

Melalui proses itu, kedua syarikat dapat membangunkan poliester berketahanan tinggi yang sesuai digunakan untuk produk tayar

Menurt pengarah penyelidikan polimer Michelin, Nicholas Seeboth menjelaskan, “Kami berasa amat berbangga untuk menjadi yang pertama menghasilkan dan menguji bahan gentian yang dikitar semula untuk produk tayar.

“Dengan teknologi enzim daripada Carbios, tayar yang ditambahbaik dengan polimer berteknologi tinggi ini menunjukkan keupayaan prestasi yang setanding dengan bahan yang diperoleh daripada industri minyak,” katanya.

Michelin menyasarkan sebanyak 40 peratus daripada pengeluaran produknya terdiri daripada bahan dikitar semula menjelang 2030 dan 100 peratus menjelang tahun 2050. -carscoops

Google ads
Back to top button