Buletin

JMC VIGUS PRO WHITE SERIES RASMI DILANCARKAN, JANA 139HP, HARGA BERMULA RM99K

ANGKA-TAN Motor Sdn Bhd (ATM) baru-baru ini melancarkan JMC Vigus Pro White Series bagi memenuhi permintaan terhadap trak niaga pada harga berpatutan untuk komuniti perniagaan.

Model baharu ini direka khas untuk memenuhi keperluan landskap perniagaan yang semakin kompetitif bagi syarikat korporat, pemilik kenderaan perniagaa serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Antara ciri menarik untuk model JMC Vigus Pro White Series termasuklah didatangkan dalam pilihan warna baharu selain, dikemaskan lagi bersama upholsteri kulit.

Walau bagaimanapun, White Series tidak menerima pelindung pintu, plat ambang pintu, cermin gelap, bantuan tailgate dan perakam video digital, seperti Premium Series.

Perincian lain White Series adalah seperti berikut:

  • Paparan pelbagai-info 3.5-inci
  • Skrin sesentuh 8-inci dengan ketersambungan Bluetooth
  • Empat pembesar suara
  • Roda stereng balutan kulit
  • Pedal penukar gear
  • Kawalan kelajuan
  • Pendingin hawa manual
  • Pengunci pintu automatik

Bukan itu sahaja, ATM turut menawarkan aksesori tambahan bagi memenuhi keperluan pelanggan seperti roller bidai dan kanopi.

Untuk makluman, semua aksesori berkenaan datang dengan jaminan satu tahun.

Beralih kepada kuasa, ia dipacu oleh enjin diesel Puma 2.0 liter TDI yang dilengkapi pengecas turbo dan sistem suntikan bahan api.

Nadi berkenaan menghasilkan 139hp pada 3,600 rpm, tork 340 Nm antara 1,500 hingga 2,600 rpm, dipadankan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan ZF dan sistem pacuan empat roda BorgWarner.

Sistem pacuan empat roda tersebut menawarkan fungsi jarak rendah termasuk membolehkan pemandu bertukar antara mod dua roda dan empat roda untuk cengkaman lebih baik serta keupayaan off-road.

Dalam julat kelajuan lebih rendah, terdapat gear tambahan untuk memberikan nisbah gear lebih rendah, sambil meningkatkan tork, sekaligus membolehkan kenderaan mengambil laluan yang mencabar.

Selain itu, Angka-Tan Motor juga memperkenalkan warna baharu untuk JMC Vigus Pro Premium Series iaitu warna Metal Grey untuk kemasan luaran sementara White Series menerima warna Arctic White.

Untuk harga, ia kini boleh dimiliki pada harga RM99,888 dan didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km.

GALERI:

Google ads
Back to top button