Artikel Pilihan

RIMAC NEVERA VS McMURTRY SPEIRLING VS F1 REDBULL

Saluran permotoran paling popular di United Kingdom iaitu Carwow telah mengadakan perlumbaan laluan lurus antara jentera F1 Redbull yang digunakan oleh Sebatian Vettel, menentang 2 hypercar dari kereta elektrik iaitu Rimac Nevera dan juga McMurtry Speirling

Antara trio bertiga ini, Rimac Nevera merupakan model yang paling berkuasa dengan gabungan motor elektrik yang menghasilkan sekitar 1914 kuasa kuda dan 2360Nm tork. Namun Nevera juga merupakan jentera yang paling berat di sini dengan berat mencecah sehingga 2300kg. Dari segi prestasi, Nevera boleh memecut 0-100 dalam masa 1.9 saat dan mencapai halaju tertinggi 415km/jam

McMurtry Speirling pula merupakan sebuah lagi hypercar elektrik dengan berat mencecah 1000kg sahaja tapi motor elektriknya mampu menjana sehingga 1000hp. McMurtry juga menggunakan sistem kipas khas bagi menjana sehingga 2000kg downforce bagi membantunya memecut 0-100km/jam dalam masa 1.4 saat sahaja dan mencapai halaju tertinggi 241km/ja,

Jentera ke tiga ialah jentera perlumbaan F1, merupakan juara F1 pada tahun 2012 dan pernah dipandu oleh Sebastian Vettel. Ia hanya seberat 700kg dan menghasilkan 800 kuasa kuda dari enjin 2400cc V8. alaupun paling kurang berkuasa, ia merupakan jentera yang paling ringan dalam perlumbaan ini.

Dalam perlumbaan drag ini, ia dilakukan dalam 3 pusingan bagi memberi peluang kepada semua jentera untuk beroperasi dalam keadaan optimum. Nevera memenangi2 daripada 3 perlumbaan dan satu lagi pusingan dimenangi oleh McMurtry Speirling. Berita sedih untuk peminat F1, ia gagal memberi saingan pada jentera hypercar elektrik dan berada pada kedudukan akhir setiap pusingan.

Namun dalam perlumbaan roll-race, Nevera sekali lagi menunjukkan kemampuannya untuk mengalahkan McMurtry Speirling dengan halaju tertinggi namun diikuti rapat dengan jentera Redbull RB8. Anda boleh menonton video penuh perlumbaan di sini

Google ads
Back to top button