Buletin

JUALAN TIKET TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2025 KINI MULA DIJUAL, HARGA BERMULA RM48

Berita baik buat peminat dunia automotif! Tiket untuk Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 (TASKL2025) kini sudah mula dijual bermula 19 Mac.

Tahun ini, harga tiket ditawarkan pada kadar lebih menarik bagi memastikan lebih ramai peminat kenderaan berprestasi tinggi, keluarga serta orang ramai dapat menikmati pameran kereta kustom dan modifikasi paling gempak di Malaysia.

TASKL2025 akan kembali buat tahun ketiga berturut-turut dan bakal berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos 2025 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), menjanjikan pengalaman lebih hebat dan mendebarkan buat semua pengunjung.

Harga tiket TASKL2025:

  • RM48 untuk tiket satu hari bagi dewasa
  • RM30 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun
  • RM120 untuk pas keluarga (dua dewasa & dua kanak-kanak) untuk satu hari
  • RM120 untuk pas dewasa bagi tiga hari
  • Diskaun 50 peratus untuk pemegang kad OKU dan penjaga mereka
  • Percuma untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah

Pembelian tiket boleh dibuat di laman rasmi: www.tokyoautosalonkl.com. Sebagai tambahan, 1,000 pembeli tiket pertama akan menerima lanyard edisi khas “First at TASKL2025” secara eksklusif!

TASKL2025 bakal menampilkan lebih ramai tuner dan pempamer dari Jepun, serta deretan jentera modifikasi khas yang diterbangkan terus dari negara matahari terbit itu.

Tidak ketinggalan, acara kali ini juga akan menyaksikan perhimpunan istimewa “Four Heavenly Kings” yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Selain itu, lebih daripada 300 jentera berprestasi tinggi dari Malaysia dan rantau ini akan dipamerkan.

Para peminat juga boleh mendapatkan model eksklusif 1/64 TASKL2025 edisi terhad, menyaksikan perhimpunan kelab-kelab kereta, mencuba cabaran simulator perlumbaan, serta menikmati pelbagai aktiviti khas untuk keluarga dan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, layari laman web rasmi atau ikuti Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur di Facebook, Instagram dan TikTok!

Google ads
Back to top button