
LEAPMOTOR MALAYSIA LANCAR KEMPEN PEMBIAYAAN EKSKLUSIF BERSAMA PUBLIC BANK, KADAR FAEDAH SERENDAH 0.38%
Leapmotor Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan kempen pembiayaan eksklusif hasil kerjasama dengan Public Bank Berhad.
Inisiatif ini bertujuan menjadikan pemilikan kenderaan elektrik lebih mudah dicapai oleh rakyat Malaysia, dengan kadar faedah istimewa serendah 0.38% bagi pinjaman 90% selama 60 bulan.
Kempen ini berlangsung dari 13 Mac hingga 30 April 2025, menawarkan pelanggan bukan sahaja kadar faedah yang kompetitif, tetapi juga pengecas Wallbox percuma berserta pemasangan bernilai lebih RM4,000 untuk kemudahan pengecasan di rumah.
Bagi mereka yang memilih tempoh pinjaman lebih panjang, kadar masih kekal menarik pada 0.78% untuk 72 bulan dan 0.98% untuk 84 bulan.

Sebagai rujukan, pinjaman 90% bagi tempoh 84 bulan dianggarkan berjumlah sekitar RM1,820 sebulan.
Leapmotor C10, model yang menjadi tunjang utama kempen ini, direka untuk mentakrifkan semula mobiliti elektrik dengan gaya moden dan keupayaan tinggi.
Ia telah meraih anugerah reka bentuk berprestij seperti International CMF Design dan French Design Awards. Dilengkapi bateri Lithium Iron Phosphate 69.9kWh dan motor elektrik 214hp, C10 menawarkan jarak pemanduan sejauh 424km (WLTP).
Manakala, sistem keselamatan bertaraf 5 bintang Euro NCAP dan Leap Pilot Level 2 ADAS meningkatkan keyakinan pemanduan.

Tersedia dalam pilihan warna elegan seperti Glazed Green, Pearly White, Canopy Grey dan Tundra Grey, Leapmotor C10 turut disertakan dengan waranti kenderaan selama 6 tahun atau 150,000km serta waranti bateri selama 8 tahun atau 160,000km untuk ketenangan fikiran jangka panjang.
Kepada yang berminat, anda dijemput ke mana-mana pusat pengedaran sah Leapmotor di seluruh negara untuk menikmati tawaran istimewa ini dan merasai sendiri kehebatan C10 melalui sesi pandu uji.
Maklumat lanjut boleh didapati di cawangan Public Bank terdekat atau laman web rasmi di www.leapmotor-international.com.my.
- BACA: RISIKO TERSEMBUNYI EV TERLALU LAJU. 0-100KM/H DALAM 2 SAAT
- BACA: JENSON BUTTON AKAN BERAKSI DALAM PERLUMBAAN KLASIK DENGAN MEMANDU JAGUAR E-TYPE MILIKNYA SENDIRI
- BACA: KPDN KUAT KUASA LABEL MINYAK ENJIN KENDERAAN BERMULA 7 APRIL
- BACA: ZEEKR PERKENAL SISTEM BANTUAN PEMANDUAN PINTAR G-PILOT, CABAR TEKNOLOGI HUAWEI DAN BYD