
RASMI: BMW C 400 X, C 400 GT BAHARU KINI DI MALAYSIA – DARI RM47,500
BMW Motorrad Malaysia dengan rasminya memperkenalkan BMW C 400 X dan C 400 GT baharu untuk pasaran tempatan dengan masing-masing dijual pada harga RM47,500 dan RM53,500.

Dua skuter premium itu kini hadir dengan lebih banyak kelengkapan yang didatangkan secara standard berbanding sebelum ini.
Atas kertas, kedua-duanya dikuasakan enjin satu silinder yang berupaya menjana 34hp dan 35Nm pada 5,750rpm. Enjin tersebut turut dipadankan bersama transmisi CVT sekaligus menawawarkan aliran kuasa yang lancar.

Bagi tahun ini, C 400 X dan C 400 GT dilengkapi dengan BMW Motorrad ABS Pro secara standard selain Dynamic Brake Control. Kehadiran kedua-dua ciri ini memastikan tayar tidak mudah terkunci meskipun lever brek ditarik secara megejut.
Selain itu, fungsi Dynamic Traction Control (DTC) dan Engine Drag Torque Control (MSR) juga didatangkan secara standard pada kedua-dua model. DTC memastikan cengkaman tayar berada di tahap optimum meskipun ketika motosikal sedang ‘meleper’.

Pakej elektronik juga diperingkat dengan C 400 X dilengkapi skrin TFT 6.5-inci yang boleh diakses dengan multi-controller di sebelah kiri handlebar. Sementara itu, C 400 GT dipadankan dengan skrin TFT berwarna 10.25-inci.

Menurut BMW Motorrad Malaysia, C 400 X hadir dengan varian Rugged yang menampilkan warna Kalamata metalik dan tempat duduk warna merah dan hitam serta rim serba merah. Dalam pada itu, C 400 GT varian perdana sahaja ditawarkan disini.
GALERI: BMW C 400 X









GALERI: BMW C 400 GT







