NISSAN TUTUP KILANG DI FILIPINA. 133 PEKERJA BAKAL DIBERHENTIKAN
Nissan dilapor akan menutup satu-satunya kilang miliknya di Filipina pada Mac depan. Ia menjadi penutupan kilang terkini dalam industri automotif Filipina yang menyaksikan kenderaan lebih murah dihasilkan di negara lain.
Nissan Philippines Inc. (NPI) mengutuskan surat kepada Jabatan Perdangan dan Indutri (DTI) dan memaklumkan Setiausaha Perdagangan, Ramon Lopez untuk menutup kilang di bandar Santa Rosa.
Keputusan itu dibuat selepas kontrak dengan rakan pemasangan kenderaan Univation Motor Philippines Inc. (UMPI) tamat tidak lama lagi.
Penutupan kilang itu merupakan sebahagian daripada langkah ke arah mengoptimumkan produksi dan operasi perniagan yang lebih efisien di ASEAN dan pelan transformasi Nissan NEXT.
DTI mengesahkan seramai 133 orang pekerja akan diberhentikan. Namun, jabatan buruh akan membantu mereka mendapatkan kerja dalam sektor perkialngan. Mereka juga bakal menerima pakej pampasan yang sewajarnya.
Rangkaian jualan dan pengedaran Nissan bagaimanapun akan terus menjual model yang dihasilkan di Thailand dan Jepun. Tahun lalu, NPI merancang untuk menutup kilangnya berikutan jualan lemah dan perkongsian pasaran sedan Almera yang dibina di kilang Santa Rosa sejak tahun 2013 adalah rendah.
Nissan menjadi pengeluar kenderaan ketiga yang memberhentikan operasi di Santa Rosa selepas Ford Motor Co. pada Jun 2012 dan Honda Cars Philippines Inc. pada Mac 2020. Kilang pemasangan trak di bandar Binan berhampiran pula ditutup pada awal tahun 2019.
Nissan memulakan operasi di Santa Roda pada Oktober 1997. Selain Toyota dan Mitsubishi, bandar itu turut dihuni oleh Columbia Motors yang menghasilkan trak serta bas.
Berdasarkan kepada data industri, Nissan telah menjual 42,694 unit kenderaan pada tahun 2019, naik 22.2 peratus berbanding 2018.
Pelan empat tahun itu menyaksikan Nissan mahu kembali mencatat keuntungan menjelang tahun 2023, antaranya dengan mengurangkan kapasiti pengeluaran sebanyak 20 peratus. Â
Menurut Nissan, antara pelan rasionalisasi ini adalah menutup kilang di Indonesia dan fokus kepada Thailand sebagai pangkalan produksi di ASEAN.
- BACA: JUAL NISSAN GTR35, HENDAK BIAYAI KERJA AMAL. 3 MINIT ORANG DAH BELI, RESPEK BRO NI!!!
- BACA: HONDA CITY VS TOYOTA VIOS VS NISSAN ALMERA. MANA LAGI POWER?
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R35 + DUCATI PANIGALE V4 S 2020, UNTUK DIJUAL. FREEGIFT Y15, HARGA RM500K NEGO
- BACA: PANDU UJI RINGKAS NISSAN ALMERA VLT. JAUH BERBEZA DENGAN ALMERA LAMA