Motosikal

SKUTER ADV KYMCO BAKAL JADI KENYATAAN MENERUSI CV-X45

Pengeluar skuter Taiwan, KYMCO, bakal memperkenalkan skuter adventure pertama setelah memfailkan beberapa hak cipta bagi nama CV-X45 di negara itu. 

Persoalannya, apoakah sebenarnya CV-X45?

Sebelum ini, KYMCO telah pun mempamerkan prototaip skuter adventure di EICMA dengan nama CV-R5. Difahamkan, CV-X45 merujuk kepada model yang sama namun dengan nama yang berbeza. 

Ini kerana seperti CV-R5, CV-X45 juga dikuasakan enjin satu silinder 427cc yang berupaya menjana 34.4hp dan 40Nm. Untuk rekod, skuter ini juga dilengkapi dengan sistem ride-by-wire. 

Menariknya, unit 427cc itu akan ditempatkan di bahagian tengah kerangka dan bukannya di bahagian belakang seperti skuter konvensional lain. Pacuan akhir juga menggunakan rantai sepertimana ditawarkan SYM ADXTG 400. 

Sementara itu, KYMCO juga dijangka mengekalkan beberapa ciri dari CV-R5 termasuk pencahayaan LED penuh, ABS dan traction control, meter TFT dan riding mode. 

KYMCO dijangka mempamerkan CV-X45 ini di EICMA pada penghujung tahun ini. 

Ketika ini, beberapa skuter adventure bawah 450cc telah pun dipasarkan di pasaran global termasuk Malaysia antaranya ADXTG 400, Zontes 368G, Honda ADV350 dan terbaru Voge SR450X. 

Google ads
Back to top button