
KAWASAKI Z900 RS SE 2026 DIUMUMKAN – DENGAN QUICKSHIFTER, CRUISE CONTROL
Selepas pelancaran Kawasaki Z900 generasi terbaru ketika di EICMA tahun lalu, giliran model ikonik, Z900RS pula dinaik taraf bagi tahun 2026.
Kawasaki Z900RS menerima naik taraf signifikan merangkumi kemas kini kepada bahagian enjin, casis dan pakej elektronik bagi tahun 2026.

Menggerakan Z900RS SE ini adalah unit empat silinder 948cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang sama seperti model terdahulu dan kekal menawarkan 115hp pada 9,300rpm dan 98Nm pada 7,700rpm.
Namun, platform tersebut kini dipadankan bersama EVT (electronic throttle valve), cruise control dan pakej bantuan tunggangan berupa 6-axis IMU yang membariskan Kawasaki Cornering Management Function (KCMF) dan Kawasaki Quick Shifter (KQS).

Selain itu, Z900RS SE ini juga datang dengan rekaan ekzos baharu yang diilhamkan dari model Z terdahulu.
Dari sudut rekaan, model 2026 ini meneruskan reka bentuk yang diinspirasikan dari model Z1 termasuk tangki jenis teardrop dan reka bentuk bahagian belakang.

Pakej suspeni terdiri dari fork jenis terbalik 41mm dengan pelarasan compression dan rebound damping serta preload (pra-beban). Suspensi belakang pula jenis horizontal back-link dari Öhlins S46 dengan tabung gas yang menawarkan pelarasan rebound damping dan preload.
Brek juga dinaik taraf dengan brek Brembo M4.32 monobloc 4-piston di hadapan dan dipadankan dengan cakera jenis semi-floating 300mm depan dan cakera tunggal 250mm belakang.

Antara perincian lain ditawarkan:
- tayar 120/70-17 depan
- tayar 180/55-17 belakang
- tangki bahan api 17L
- berat 216kg (dengan tangki penuh)
GALERI: KAWASAKI Z900RS SE 2026




























