Buletin

KEJADIAN TANAH MENDAP, LPT MINTA PENGGUNA TUKAR LALUAN

Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) diminta berhati-hati kerana terdapat kejadian tanah mendap menghala ke Karak.

“Semua pengguna yang ingin ke Kuala Lumpur dari Kuantan diarahkan keluar Persimpangan Pekan Bentong Timur dan masuk semula Pekan Bentong Barat.

“Pengguna dari Kuala Lumpur menghala ke Kuantan diarahkan untuk keluar Persimpangan Pekan Bentong Barat dan masuk semula Pekan Bentong Timur,” memetik hantaran Lebuhraya Pantai Timur di Facebook.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

“Kejadian ‘sink hole’ di Lebuhraya LPT menghala ke Karak. Jalan kini ditutup kedua-dua arah. Jika anda ingin ke Kuala Lumpur atau ke Karak perlulah melalui atau masuk ke Bentong,” jelasnya.

Sehubungan itu, pengguna lebuhraya tersebut diminta untuk mematuhi arahan daripada LPT dan ikuti akaun sosial media Lebuhraya Pantai Timur untuk mendapat sebarang kemas kini. – Facebook LPT

Google ads
Back to top button