Buletin

BETAMEK RAIH KONTRAK RM436.5 JUTA UNTUK MODEL BAHARU PERODUA

Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik, Betamek Bhd meraih kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai komponen elektronik untuk model kereta baharu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Menerusi anak syarikat milik penuhnya, Betamek Electronics (M) Sdn Bhd pada Isnin menerima kontrak daripada Perodua untuk membekalkan komponen elektronik mulai suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Betamek Group dalam tempoh enam tahun, bermula dari tahun kewangan 2025.

Pengarah Urusan, Mirzan Mahathir berkata permintaan untuk produk audio visual (AV) kenderaan dan aksesori kenderaan dijangka berkembang sejajar dengan permintaan yang meningkat walaupun insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang telah tamat pada bulan lepas.

Baru-baru ini, Perodua mengumumkan bahawa ia dijangka memenuhi sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 dan pendaftaran 314,000 pada tahun ini berikutan syarikat kereta kompak itu akan meningkatkan lagi kecekapan operasinya.

Setakat 30 Jun 2023, Perodua berjaya mengeluarkan sebanyak 153,813 kenderaan, naik 17 peratus daripada 131,641 unit yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.

Pencapaian pengeluaran ini membawa kepada peningkatan pendaftaran sebanyak 13.6 peratus kepada 144,690 kenderaan pada separuh pertama 2023 berbanding 127,343 unit terjual tempoh sama tahun lepas. – The Sun Daily

Google ads
Back to top button