
BLUESHARK MALAYSIA TAWAR ‘TEST RIDE & WIN’ – TUNGGANG UJI SKUTER ELEKTRIK R1 DAN BAWA PULANG SELAMA SEBULAN!
Blueshark Malaysia kini menawarkan peluang kepada orang ramai untuk melakukan tunggang uji skuter elektrik R1 dan membawa pulang selama sebulan secara percuma.
Menurut Blueshark Malaysia, lima pemenang bertuah dipilih berdasarkan hantaran Facebook paling kreatif dan para peserta dibenarkan menghantar sebanyak penyertaan.

Untuk menyertai ‘Test ride and win’ Blueshark R1, anda hanya perlu menekan butang ‘Like’ di Facebook Blueshark Malaysia sebelum memuatnaik foto atau video dengan skuter elektrik R1.
Suka diingatkan, para peserta juga perlu tag Blueshark Malaysia berserta hashtag rasmi #BluesharkFreeRide

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Tempoh peraduan adalah sehingga 8 Ogos, 11.59pm. Pemenang akan diumumkan pada 15 Ogos.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu tetapi hadiah hanya diberikan kepada 5 hantaran paling kreatif.
- Pengumpulan hadiah dan pemulangan skuter di Blueshark Showroom Glenmarie SAHAJA
- Pemenang boleh memindahkan hadiah kepada orang lain tetapi pihak yang menuntut mesti mengemukakan lesen Kelas B/B1/B2.
Untuk rekod, Blueshark R1 didatangkan dengan motor 5kW, menghasilkan tork sehingga 201Nm dan menawarkan jarak gerak sejauh 160km bagi setiap pengecasan penuh pada kelajuan maksimum 80km/j.
Selain itu, Blueshark R1 juga mempunyai reka bentuk dwi-bateri lithium besi fostat (LFP) dengan setiap pek bateri 12kg, berkapasiti 1.44kWh.
- BACA: SKUTER ELEKTRIK BLUESHARK R1 KINI DIJUAL DI MALAYSIA – BERMULA RM7K
- BACA: SKUTER ELEKTRIK BLUESHARK R1 KINI DI MALAYSIA. TORK 201NM, JARAK GERAK 110KM, TOP SPEED 80KM/J
- BACA: FLUX TAWAR LANGGANAN MOTOSIKAL DAN SKUTER – BAYARAN BULANAN BERMULA RM291
- BACA: EPMB TERIMA 23,000 PESANAN AWAL UNTUK E-BIKE DI PASARAN INDONESIA DAN VIETNAM



