Buletin

KELAHIRAN HYPER-SUV

Pusat rekaan Itali, Camal Studio menghasilkan satu jentera unik yang dinamakan sebagai Ramusa Concept. Model konsep hibrid itu dilabel sebagai  hyper-SUV.

Camal-Ramusa-Concept (4)

Ramusa bermaksud cicak dalam satu dialek di utara Itali. Rekaan Ramusa kelihatan seperti supercar lengkap dengan dua tempat duduk dan enjin pada bahagian tengah kenderaan. Ketinggian pengendaliannya bagaimanapun telah ditingkatkan.

Model tersebut memiliki dimensi panjang 4,320mm, lebar 2,020mm, tinggi, 1,300mm dan kelegaan tanah 250mm seperti SUV. Casisnya pula berasaskan karbon fiber Bugatti.

Camal-Ramusa-Concept (2)

Tugas menggerakkan jentera itu diserahkan kepada enjin 3.5 liter V12 pengecas turbo yang dipinjam daripada model ikonik  Bugatti EB110.

Kuasa dihantar ke roda belakang menggunakan transmisi 6 kelajuan. Sementara motor elektrik di tengah menggerakkan tayar hadapan ketika pecutan pantas atau pada saat kuasa cengkaman adalah terhad.

Camal-Ramusa-Concept (3)

Gabungan enjin dan motor elektik memberikan kuasa output keseluruhan melebihi 800hp!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button