Buletin

HARGA ACURA NSX 2017 DIDEDAHKAN

Acura akhirnya mengumumkan harga rasmi model supercarnya, Acura NSX 2017. Modul produksi Amerika Syarikat itu akan dijual pada harga bermula AS$156,000 (RM667,998) sehingga AS$205,700 (RM880,816) seunit.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA (3)

Bakal dilancarkan pada musim bunga hadapan, Acura menawarkan pelbagai pilihan bermula dengan lapan skim warna badan berbeza dan empat warna menarik pada kabin serta tiga pilihan kerusi.

Malah, pemilik juga boleh memilih tiga rekaan rim aloi yang disediakan oleh Acura.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA 9

Pilihan tambahan seperti brek seramik karbon, bumbung karbon fiber, pakej sport karbon fiber pada kabin dan banyak lagi turut ditawarkan.

Tempahan Acura NSX akan mula dibuka pada 25 Februari 2016 di pusat jualan sah NSX. Pada tarikh sama, konfigurator Acura NSX 2017 akan dilancarkan di laman web rasminya.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA (5)

Ia akan membolehkan pelanggan mengubah pelbagai aspek kenderaan dan menetapkan temu janji untuk mengesahkan tempahan akhir kenderaan.

Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Jabatan Acura, Jon Ikeda berkata NSX adalah kemuncak  ketepatan rekaan prestasi Acura.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA (7)

“Kami teruja untuk melancarkan NSX ke pasaran. Acura mewujudkan ruang baru dalam segmen supercar dan menghasilkan jentera luar dari pemikiran konvensional,” katanya.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA (6)

Model yang akan dikeluarkan daripada barisan Performance Manufacturing Center di Marysville itu dibekalkan dengan enjin 3.5 liter twin turbo DOHC V6.

Ia mampu menghasilkan kuasa 500hp @ 6,500 sehingga 7,500rpm. Tork 550Nm boleh diperolehi seawal 2,000rpm.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA (8)

Agihan kuasa diserahkan kepada transmisi 9-kelajuan DCT. Suspensi hadapan dipadankan dengan double wishbone dan multi link di bahagian belakang.

Kuasa menghentikan jentera menggunakan khidmat brek monoblok aluminium brembo 6-piston dan monoblok aluminium brembo 4-piston untuk roda belakang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button