Motosikal

STREETFIGHTER ENERGICA EVA

Energica Motor Company ialah pengeluar motosikal elektrik yang berpangkalan di Modena, Itali. Selepas model superbike Ego, Energica memperkenalkan pula model produksi keduanya, Eva.  

energica-eva-electric-mekanika (5)

Energica Eva Streetfighter mampu menghasilkan kuasa 95hp dan tork setinggi 170Nm. Kuasa ke roda belakang dihantar menerusi transmisi satu kelajuan dan chain final drive.

Sementara bahagian motor dikuasakan oleh pek bateri 11.7kWh dengan teori jangka hayat sebanyak 1,200 kali pengecasan.

energica-eva-electric-mekanika (3)

Cas penuh boleh dilakukan dalam masa 3.5 jam. Selain itu, Eva boleh dicas dengan cepat untuk mencapai 80 peratus kapasiti dalam masa 30 minit. Ia boleh dicapai apabila disambungkan pada soket 60amp.

Kelajuan maksimum Eva secara elektronik hanya terhad sehingga 200km/j. Pecutan berkenaan adalah lebih daripada mencukupi bagi sebuah motosikal dengan tiada perlindungan aerodinamik bagi penunggang.

energica-eva-electric-mekanika (1)

Streetfighter elektrik berkenaan dilengkapi Vehicle Control Unit. Ciri elektronik berkenaan memantau dan mengawal bateri, pengecas, inverter, ABS serta menawarkan empat mod tunggangan (Urban, Eco, Rain dan Sport). Tidak lupa, ia turut menyelia empat pemetaan fungsi penjanaan brek iaitu Low, Medium, High dan Off.

Suspensi hadapan Energica Eva dipadankan dengan Ohlin bersama brek Brembo dan cakera terapung berkembar 330mm.

energica-eva-electric-mekanika (6)

Eva ada menggunakan spesifikasi yang ada pada Ego. Antaranya gear, rangka trellis tubular dan swingarm aluminium. Model Energica Eva akan berada di pasaran tahun hadapan dengan dua pilihan warna hijau dan biru gelap.

Tonton video ini:

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button