Buletin

KEMALANGAN MAUT SELEPAS MARIJUANA DIBENARKAN MENINGKAT – KAJIAN

Memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol sememangnya boleh membawa maut. Perkara ini disahkan oleh satu kajian yang dilakukan oleh Yayasan AAA di Amerika Syarikat (AS) untuk melihat kesan penggunaan marjuana yang tidak lagi diharamkan di beberapa negeri di AS. 

Kajian itu fokus kepada Washington di mana marijuana ‘dihalalkan’ untuk kegunaan suka-suka sejak tahun 2012. Data kajian menunjukkan dalam tempoh 10 tahun (5 tahun sebelum dan 5 tahun selepas marijuana tidak diharamkan), kemalangan maut di negeri itu naik dengan ketara. 

Pemandu didapati positif bahan Tetrahydrocannabinol (THC) yang merupakan komponen utama marijuana dan memberi kesan psikologi kepada penggunanya. 

Seperti yang boleh dlihat pada graf di atas, THC wujud dalam 8.8 peratus pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut sebelum tahun 2013 dengan purata 56 orang. Namun, angka itu melonjak kepada 130 orang. 

Harus diingatkan bahawa kajian itu tidak cuba untuk menyatakan yang marijuana adalah punca kemalangan maut, Tetapi lebih kepada menunjukkan peningkatkan pemandu didapati positif THC. 

“Kajian ini membolehkan kami menilai data selama 10 tahun mengenai impak marijuana ke atas keselamatan ketika memandu. Situasi ini sememangnya cukup membimbangkan.

“Analisis yang dijalankan mendapati kebenaran untuk menggunakan marijuana akan meningkatkan kadar pemandu yang positif THC terlibat dalam kemalangan maut,” kata Pengarah Eksekutif Yayasan AAA, Dr. David Yang. – Motor1.com

Google ads
Back to top button