Buletin

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA HONDA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Sempena sambutan Tahun Baru Cina dan orang ramai mula pulang ke kampung halaman, Honda Malaysia telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya.

Honda-Safety-campaign-mekanika (3)

Bermula pada hari ini hingga Ahad (15 Februari 2015), kempen tersebut akan diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang di lima buah stesen minyak Petron terpilih.

Stesen minyak Petron itu ialah:

a) Petron Jalan Beserah, Pahang (arah Utara)
b) Petron Tol Skudai, Johor (arah Utara)
c) Petron Gunung Semanggol, Perak (arah Utara)
d) Petron Tol Juru, Pulau Pinang (arah Selatan)
e) Petron Tol Sungai Besi, Selangor (arah Selatan)

Kempen ini bermatlamat menyampaikan mesej berkaitan keselamatan jalan raya. Lebih menarik lagi, servis pemeriksaan secara percuma juga ditawarkan ke atas apa jua jenama kenderaan. Pemeriksaan ini hanya mengambil masa selama 15 minit.

Pasukan juruteknik Honda Malaysia akan melakukan pemeriksaan keselamatan 22 poin (sila rujuk risalah di bawah). Untuk meklumat lanjut, sila layari: http://www.honda.com.my/promotions/promotions_details/46

Honda-Safety-campaign-mekanika (1)

Orang ramai yang menyertai kempen ini juga akan diberi hadiah istimewa.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button
Close