Artikel Pilihan

KENAPA CERMIN SISI KERETA LAMBAT SEBELAH KETIKA DILIPAT? INI PENJELASANNYA.

Tahukah anda bahawa cermin sisi kereta sebenarnya dipasang dengan tujuan untuk membolehkan pemandu melihat ke arah belakang dengan mudah, terutama di bahagian titik buta. Jadi cermin sisi akan dipasang di bahagian kiri dan kanan kereta dengan teknologi terkini seperti Sistem Amaran Titik Buta.

Bagi menghapuskan titik buta, cermin sisi seharusnya ditetapkan pada sudut yang paling luar daripada kereta dengan menggunakan suis pengubahsuai. Malah dalam menghapuskan titik buta pada bahagian depan, pengeluar menggunakan pelbagai teknik termasuk mengubah kedudukan cermin sisi ke bahagian tepi pintu kereta daripada Tiang A.

Namun timbul satu masalah apabila kereta perlu diparkir di ruang yang sempit, cermin sisi ini mungkin akan menyukarkan pemandu untuk keluar dengan mudah atau ia mungkin dilanggar oleh pejalan kaki secara tidak sengaja. Oleh sebab itulah cermin sisi datang dengan suis yang membolehkan dilipat secara automatik dengan motor elektrik

Sesetengah pengeluar menetapkan cermin sisi terlipat secara automatik apabila ia dikunci dan sistem penggera dihidupkan. Disebabkan anda ada masalah “obsessive compulsive disorder” atau terlalu menginginkan kesempuranaan maka anda akan perasan yang cermin sisi ini tidak tertutup pada masa yang sama pada bahagian kiri dan juga kanan.

Cermin sisi bahagian kanan akan mengambil masa yang lebih sedikit berbanding dengan bahagian kiri. Disebabkan kereta ini bernilai lebih RM 100,000, anda rasa sakit hati dan mula membuat aduan di pusat servis. Tapi tunggu dulu, ini ada penjelasan yang lebih mudah untuk anda fahami.

Kebanyakan cermin sisi untuk semua kereta yang dihasilkan tak akan sama masa ia dilipat antara kiri dan dan kanan disebabkan sudut perumah cermin sisi di bahagian penumpang (kiri) akan lebih rapat ke arah kereta, khusus untuk melihat ke arah dalam kereta terutama kalau ada motor dibahagian sisi kiri. Manakala sudut cermin kanan lebih besar.

Kalau sudut perumah cermin sisi adalah sama antara kiri dan kanan, maka pemandu akan terdedah kepada titik buta di bahagian kiri. Perumah di sebelah kanan (pemandu) pula akan ditetapkan pada sudut yang lebih besar supaya ia meminimakan titik buta. Sudut ini sengaja dibuat lebih supaya imej yang dipantulkan oleh cermin sampai kepada pemandu dengan baik terutama apabila cermin diubah ke arah luar secara maksimum dari kiri dan kanan kereta.

Perumah cermin sisi kiri dibuat supaya rapat ke badan kereta untuk mengintai motor, manakala perumah cermin sisi kanan dibuat lebar untuk melihat pada sudut maksimum. Disebabkan sudut ini berbeza, maka cermin sisi akan mengambil masa yang berbeza untuk dilipat antara kiri dan kanan. Faham kan…

Sesetengah pengeluar apabila melakukan conversion (penukaran) dari kereta pemanduan sebelah kiri ke pemanduan sebelah kanan gagal mengambil kira faktor sudut cermin sisi ini. Keadaan ini menyebabkan kita rasa agak janggal dan pelik kerana cermin kanan kita tidak cukup luas.

Jadi apabila anda tengok cermin sisi dilipat secara automatik dan mengambil masa yang berlainan, bertenang sahaja. Kalau kawan tanya, jawab dengan professional ala-ala Abam Japar

Google ads
Back to top button