Buletin

GOODYEAR MALAYSIA LANCAR ASSURANCE MAXGUARD SUV

Goodyear Malaysia melancarkan produk terbaharu Assurance MaxGuard SUV yang dibangunkan khusus untuk kenderaan utiliti sukan (SUV).

Tayar Assurance MaxGuard SUV disesuaikan bagi pasaran Asia Pasifik menawarkan perlindungan 2 dalam 1 melalui teknologi cengkaman dan ketahanan terkini.

Bahkan, ia disasarkan untuk barisan SUV seperti Honda CR-V, Honda HR-V, Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Proton X70, Proton X50 dan model-model SUV popular lain.

Produk terbaharu didatangkan teknologi ActiveGrip itu memiliki reka bentuk permukaan tayar yang unik dalam memberi cengkaman lebih padu.

Ia sekali gus mengoptimumkan pengendalian dan jarak brek lebih baik apabila berada di atas permukaan jalan basah.

Tayar terbaharu itu hadir dengan teknologi DuraGuard dalam meningkatkan prestasi ketahanan dalam membendung berdepan situasi seperti tayar terkoyak ataupun pancit.

Ketahanan Assurance MaxGuard SUV lebih teguh melalui binaan dua lapis dan pakej tali keluli yang kuat bersesuaian untuk kegunaan SUV.

Selain itu, ia turut menawarkan perjalanan lebih senyap berikutan penambahbaikan yang dilakukan terhadap corak bunga, rekaan blok bersudut dan ruang lebih rapat.

Perubahan berkenaan meningkatkan jangka hayat serta prestasi tayar terbaharu itu.

Assurance MaxGuard SUV ditawarkan untuk rim 16 hingga 19 inci kini boleh didapati di semua Pusat Goodyear Autocare di seluruh negara dan Goodyear Lazada.

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman https://www.goodyear.com.my.

Google ads
Back to top button