Motosikal

VESPA MALAYSIA LANCAR VESPA PRIMAVERA (RED) 150CC. RM19,500 SEUNIT, PERCUMA HELMET

Didi Resources baru-baru ini memperkenalkan Vespa Primavera (RED) ke pasaran Malaysia.  

Lahir pada tahun 1968, Vespa Primavera kini dikuasakan oleh enjin empat lekang selinder tunggal moden bersesaran 150cc.

Enjin berkuasa 12.7hp dengan sistem penyejukan udara itu hadir bersama pancitan elektronik dan tiga injap agihan.

Sebagai sebuah model edisi khas, ia tampil dengan warna merah menyala yang cantik dan unik. Skuter itu lebih istimewa apabila dilekat logo Vespa (RED) yang dikontraskan dengan warna putih.  

Perincian model itu diteruskan menerusi pelana yang dibalut dengan kulit nubuck, diambil daripada Vespa 946.

Setiap pembelian Vespa Primavera (RED), sebanyak $100 akan disumbangkan kepada dana glonal untuk membasmi AIDS. Wang tersebut digunakan bagi menyediakan perubatan HIV/AIDS selama 500 hari.  

Jika berminat Vespa Primavera (RED) boleh anda miliki pada harga bermula RM19,500 dan hadir bersama topi keledar Vespa Primavera (RED) secara percuma.

GALERI

Google ads
Back to top button