
70MAI LANCAR DASH CAM A810 LITE 4K – HARGA MULA RM339
Jenama dash cam terkenal, 70mai, secara rasmi memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu 70mai Dash Cam 4K A810 Lite.
Pelancaran ini menjadi antara fokus utama sambutan ulang tahun ke-10 70mai, selain mengukuhkan lagi komitmen jenama itu terhadap pasaran Malaysia yang kini menjadi antara pasaran penting buat mereka.
70mai turut mengumumkan kempen cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-10 70mai dengan hadiah utama sebuah Proton e.MAS 5 menerusi kerjasama bersama EON.
Semua pelanggan yang membeli dan mengaktifkan dash cam 70mai dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan layak secara automatik untuk menyertai cabutan berkenaan.


Spesifikasi utama 70mai A810 Lite
- Rakaman 4K UHD 3840 × 2160
- Sokongan sambungan 4G
- Wi-Fi 6 untuk pemindahan video lebih pantas
- Fungsi Smart Parking Surveillance 24 jam
- Teknologi pengimejan malam 70mai Lumi Vision
- Reka bentuk kompak 91 × 46 × 24.4mm

70mai turut mengesahkan model ini sudah mula dijual di Malaysia menerusi pengedar sah serta kedai rasmi mereka di Shopee dan Lazada.
- A810 Lite (unit utama sahaja) – RM339
- A810 Lite Set bersama kamera belakang RC21 1080P – RM409
Dalam masa sama, 70mai Malaysia memaklumkan mereka akan terus memperluaskan rangkaian pengedar dan sokongan pemasangan profesional di seluruh negara sepanjang separuh kedua tahun 2026 bagi memudahkan pengguna mendapatkan produk dan servis pemasangan rasmi.



