Artikel PilihanBuletin

KENAPA KITA JARANG DENGAR PASAL ENJIN V4?

Enjin 4 silinder wujud dari pelbagai saiz, dari sekecil 1000cc sehinggalah melebihi 3000cc yang biasa digunakan oleh lori dan kenderaan komesial diesel. Ia amat ringkas, mudah untuk dipakejkan dalam enjin dan tidak banyak ragam. Jika jurutera memilih untuk menambah bilangan silinder, ada banyak pilihan yang boleh dibuat

Mereka boleh menjadikan enjin 6 silinder sebaris, 6 silinder susunan V, 8 dan sehingga 12 silinder dalam susunan V. Tapi kita amat jarang mendengar enjin 4 silinder disusun dalam bentuk V bagi kegunaan kereta dan hanya ditemui pada motosikal.

Hanya Lancia, Saab dan Ford sahaja yang berani bereksperimen dengan enjin V4 bagi kenderaan mereka. salah satu kelemahan enjin V4 ialah gegaran yang dihasilkan sangat teruk. Pemandu ujian Porsche melaporkan ketika kereta Porsche 919 diuji dengan enjin V4 500 kuasa kuda, amat sukar bagi pemandu untuk melihat dan bernafas ketika enjin tersebut diperah pada tahap maksimum disebabkan masalah gegaran

Porsche cuba mengatasi masalah gegaran dengan menukar masa pencucuhan bagi setiap silinder, mengubah sudut antara silinder kepada 90 darjah dan memasang shaft pengimbang bagi memastikan gegaran dapat dihapuskan.

Masalahnya ialah apabila sudut antara silinder dinaikkan kepada 90 darjah, ia akan menggunakan ruang yang besar di dalam engine bay. Syaf pengimbang pula akan menjadi punca pada parasitic load yang akan mengurangkan kuasa enjin. Namun V4 juga menjadikan enjin sangat kompleks

Enjin V memerlukan 2 kepala silinder, 2 manifold ekzos, 4 aci sesondol dan semua komponen yang berkaitan akan menjadi 2. Ia menjadi semakin mahal dan enjin yang kompleks adalah kurang bagus dari aspek ketahanan pada jangka masa yang panjang

Lancia dan Volkswagen mengatasi masalah ini dengan menggunakan rekaan V yang minima seperti pada enjin VR6. Sudut antara silinder adalah kecil (antara 10-20 darjah sahaja) namun ia tetap memerlukan 2 aci sesondol tapi jauh lebih ringkas berbanding dengan enjin V biasa

Kelebihan enjin V4

Namun disebalik semua kesusahan tadi, enjin V4 ada potensi yang besar untuk menghasilkan lebih banyak kuasa kuda berbanding dengan enjin 4 silinder sebaris. Enjin V4 biasa memiliki aci engkol yang lebih pendek berbanding dengan enjin 4 silinder sebaris menjadikannya lebih kuasa dan kurang terherot disebebkan masalah tork yang tinggi

Ini bermakna jurutera boleh memaksa enjin ini berputar pada RPM yang lebih tinggi bagi menjana kuasa. Crankcase enjin V4 direka dengan aliran gas yang minima, mengurangkan lagi parasitic load dari enjin. Ini menjadikan enjin V4 lebih cekap tenaga.

Biasanya enjin V4 ini akan dipasang pada motosikal berkuasa tinggi disebabkan ia direka dengan lebih kompak, menawarkan ketegaran enjin yang lebih tinggi berbanding dengan enjin 4 silinder sebaris serta pusat graviti yang senang diagak bagi membolehkan jurutera menghasilkan pengendalian yang baik

Google ads
Back to top button