Artikel PilihanBuletin

KENAPA KERETA RALI BERBEZA DARI KERETA BIASA?

Penulis dulu pernah tertanya-tanya boleh ke kereta biasa yang dibeli dari pusat jualan kereta terus dibawa masuk ke perlumbaan rali? Sebab dari segi rekaan luaran, kereta yang dijual di pusat jualan tak banyak berbeza dengan kereta rali. Mesti best bawa kereta lumba di perlumbaan rali dan lompat sana sini kan

Ok, walaupun kereta rali nampak seperti kereta kompak dan ekonomi yang biasa dijual sebenarnya banyak aspek mekanikal yang berbeza antara kereta rali dan juga kereta harian biasa. Dari segi enjin, FIA menetapkan bahawa hanya enjin bersaiz 1600cc turbo dengan suntikan bahan api sahaja yang dibenarkan.

Jadi, kita boleh mengambil sebuah Hyundai i20N atau Toyota GR Yaris dari pusat jualan untuk dibawa berlumba dengan enjin 3 silinder 1600cc standard dari kilang Secara teorinya boleh, tapi ada beberapa perubahan mekanikal yang harus dibuat bagi memastikan perlumbaan anda berjalan dengan lancar. Antara perubahan yang mesti dibuat termasuklah:

1. Perubahan rekaan aerodinamik – salah satu masalah bila kita memandu laju di permukaan jalan berbatu, perbezaan tekanan antara bahagian antara bahagian atas kereta dan bawah kereta akan mewujudkan lift atau daya angkatan.

Jika daya angkatan yang besar ini akan mengangkat kereta dari permukaan jalan dan menyebabkan kereta terbang. Bagi meneutralkan daya angkatan ini, kereta rali perlu dipasang dengan spoiler yang besar dan juga dive plane yang dipasang pada wheel arch di depan tayar bagi mewujudkan downforce. Downforce akan memastikan kereta rali tidak terbang ketika berlumba

2. Sistem suspensi yang telah diubahsuai – bagi kereta biasa yang untuk kegunaan harian, matlamat sistem ialah untuk menyerap sebarang kecacatan permukaan jalan bagi menghasilkan perjalanan yang lancar. Spring akan menyerap kecacatan permukaan jalan dan penyerap hentak akan menukarkan tenaga mekanikal spring kepada tenaga haba

Matlamat penyerap hentak dalam kereta rali ialah memastikan cesi kereta bertahan ketika berlumba dan melompat. Keselesaan pemandu adalah perkara terakhir yang difikirkan oleh jurutera. Jadi penyerap hentak kereta rali biasanya 2 kali ganda lebih besar dan kuat berbanding kereta biasa.

Penyerap hentak kereta rali dibina dengan lebih besar, lebih tebal dan dicipta untuk menyerap seberapa banyak impak hentaman ketika kereta rali melompat. Bagi penyerap hentak boleh laras, cecair hidraulik boleh mencapai suhu sehingga 120 darjah Celcius ketika berlumba

Bagi menghalang pemanasan terlampau, satu ruang minyak hidraulik tambahan dipasang pada penyerap hentak yang bertidak menyejukkan minyak hidraulik daripada terlampau panas. Penyerap hentak ini juga boleh dilaras dari aspek ketinggian dan kelajuan minyak hidraulik melalui injap agar kekerasan penyerap hentak boleh dilaras.

3. Skid Plate – atau panel aloi aluminium setebal setengah yang dipasang di bawah kereta yang bertindak melindungi komponen kereta seperti tiub bahan api. Skid plate ini akan memastikan batu atau sebarang objek yang berada di permukaan jalan dari merosakkan komponen kereta

Komponen ini juga dikenali dengan nama Sump Guard kerana ia melindungi takungan minyak pelincir enjin, sistem transmisi, serta tangki petrol yang berada di bahagian bawah kereta. Sekiranya komponen ini bocor ketika perlumbaan, ia mungkin akan menyebabkan kebakaran atau jentera gagal menamatkan saingan perlumbaan

4. Roll Cage – Mat Saleh kata “shit happened”. Walaupun dengan bantuan penunjuk arah atau Co-driver yang sentiasa memberikan pace note pada pemandu, sebarang kesilapan kecil yang dibuat oleh pemandu akan menghantar jentera rali bersama pemandu dan co-driver terus ke arah jurang

Ketika inilah fungsi roll cage amat diperlukanuntuk melindungi mereka daripada impak kemalangan. Regulasi FIA menetapkan saiz dan bahan untuk membina roll cage mestilah “Material Cold Drawn Seamless Unalloyed Carbon Steel, containing a maximum of 0.3% of carbon”

Saiznya pula ialah 45mm x 2.5mm or 50mmx 2.0mm dengan rekaan roll cage tidak boleh menghalang pemandu dan penumpang untuk keluar daripada jentera. Jadi anda akan perasan bar besi di bahagian pintu biasanya dibuat dengan lebih rendah sedikit

Google ads
Back to top button