Artikel Pilihan

XPENG VLA 2.0: PEMANDUAN AUTONOMI DIPERHEBAT

XPENG kini mempercepatkan pembangunan sistem pemanduan pintar generasi baharu mereka menaiktaraf sistem baru mereka dikenali sebagai VLA 2.0, dengan sasaran pelaksanaan global bermula tahun 2027. Sistem ini bukan sekadar naik taraf biasa, tetapi satu perubahan besar dalam cara kereta beroperasi

Syarikat Volkswagen telah dipilih sebagai rakan pertama untuk menggunakan teknologi ini di pasaran China, menandakan tahap keyakinan industri terhadap kemampuan VLA 2.0. Pada masa sama, XPENG juga sudah memulakan ujian Robotaxi di jalan awam, dengan operasi percubaan dijangka bermula dalam masa terdekat.

Apa yang membezakan VLA 2.0 ialah pendekatan kepandaian buatan yang mengintegrasikan persepsi, pemikiran dan tindakan dalam satu sistem yang berasaskan kamera. Berbeza dengan sistem tradisional yang bergantung kepada peta HD dan peraturan tetap, VLA 2.0 lebih fleksibel dan mampu memahami situasi dunia sebenar dengan lebih natural.

Sistem ini direka untuk menghadapi situasi kompleks seperti kenderaan tidak menentu, kawasan kemalangan, jalan tidak rata, dan trafik bandar padat. Hasilnya, pengalaman pemanduan bukan sahaja lebih selamat, tetapi juga lebih lancar dan selesa.

Dari segi keupayaan, VLA 2.0 menyokong konsep pemanduan di mana-mana, termasuk laluan kampus, jalan tanah, lorong sempit dan kawasan tanpa navigasi. Ia juga mampu bergerak dari keadaan berhenti sepenuhnya, menjadikannya sistem bantuan pemanduan penuh dari mula hingga akhir perjalanan.

XPENG turut mendakwa sistem ini meningkatkan kecekapan trafik sehingga 23%, malah dalam ujian waktu puncak di Guangzhou, prestasinya setanding pemandu manusia berpengalaman dan mengatasi sistem L2 tradisional serta Robotaxi sedia ada.

Satu lagi perubahan besar ialah seni bina “end-to-end vision-to-action”. Ini bermaksud sistem tidak lagi perlu melalui proses perantara (vision- language-action), sebaliknya terus menukar input visual kepada tindakan pemanduan. Hasilnya, tindak balas sistem lebih pantas dan efisien.

Dari segi perkakasan, VLA 2.0 menggunakan cip AI Turing milik XPENG sendiri, dengan kuasa pemprosesan sehingga 2,250 TOPS setiap cip. Dengan penggunaan multi-chip dalam satu kenderaan, ia mampu menyokong model AI berskala besar secara langsung dalam kereta produksi.

Walaupun begitu, XPENG mengesahkan bahawa VLA 2.0 masih merupakan sistem pemanduan yang memerlukan pemantauan (supervised), dan tahap autonomi penuh akan bergantung kepada kelulusan regulatori global. Namun, mereka menjangkakan pemanduan autonomi penuh boleh menjadi realiti dalam tempoh 1 hingga 3 tahun akan datang.

S

Google ads
Back to top button