
XPENG LANCAR MODEL GX, LEVE AUTONOMI TAHAP 4 DI BEIJING AUTO SHOW
Pameran Automotif Antarabangsa Beijing ke-19 (Auto China 2026) telah dibuka secara rasmi pada 24 April dengan jenama XPENG tampil menerusi barisan produk terbaru dan terkini.
Pameran tersebut menampilkan beberapa model baharu utama termasuk Xpeng GX, MONA M03, generasi baharu P7, dan X9. Selain portfolio kenderaan, XPENG turut memperkenalkan robot humanoid generasi baharu mereka iaitu IRON, serta kereta terbang yang digelar “Land Aircraft Carrier”.
Semua inovasi ini menunjukkan kemajuan terkini syarikat serta strategi ekosistem bersepadu dalam Fizikal AI. Sepanjang pameran berlangsung, kira-kira 200 wakil media dari benua Eropah, Asia-Pasifik, Amerika, Timur Tengah dan Afrika menghadiri jelajah Immersive China Tour Physical AI oleh XPENG.
Para delegasi dibawa melawat fasiliti pembuatan pintar XPENG dan produksi ARIDGE, serta berpeluang merasai sistem pemanduan pintar VLA 2.0 melalui pandu uji secara langsung. Beberapa seminar teknikal turut diadakan bagi memberikan pemahaman lebih mendalam tentang pembangunan XPENG dalam pemanduan pintar, reka bentuk, kenderaan terbang, robotik, sistem powertrain dan teknologi pengecasan ultra pantas.
XPENG juga secara rasmi melancarkan sistem pemanduan pintar VLA 2.0 dii Auto China 2026, dan menerbitkan laporan pertama VLA 2.0, yang memberikan analisis menyeluruh terhadap prestasi sistem berdasarkan beberapa metrik utama seperti kadar penggunaan, penglibatan pengguna dan pengaruh terhadap keputusan pembelian.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa VLA 2.0 memainkan peranan yang semakin penting dalam keputusan pengguna. Tempahan untuk siri XPENG Ultra meningkat sebanyak 118% bulan ke bulan, dengan keupayaan pemanduan pintar menjadi faktor utama yang mendorong pembelian.
Sejak demonstrasi VLA 2.0 di bilik pameran diperkenalkan hampir 100,000 pengguna telah mencubanya dengan kadar kepuasan mencecah 98%. Dalam minggu pertama pemilikan, 98.52% pengguna mengaktifkan fungsi pemanduan pintar setiap hari. Ini membuktikan bahawa VLA 2.0 berjaya mengatasi cabaran lama industri dari segi penerimaan, menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih intuitif dan dipercayai.
XPENG turut mengumumkan fungsi baharu seperti Campus Safari dan Underground Parking Safari dijangka dilancarkan tidak lama lagi. Ciri ini direka untuk mengendalikan situasi kompleks seperti pencahayaan rendah, cuaca buruk, ketiadaan data navigasi, dan jalan tanpa garisan, sekali gus meningkatkan mobiliti pintar secara menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutif XPENG, He Xiaopeng berkata:
“Selepas 12 tahun, kami kini memasuki fasa baharu. Daripada EV pintar kepada kereta terbang, cip AI Turing, model berskala besar, robot humanoid dan Robotaxi, kami secara berperingkat merealisasikan visi melalui Physical AI.
Berdasarkan asas teknologi bersepadu ini, kami memacu masa depan mobiliti. Nilai sebenar pemanduan pintar bukan hanya pada keupayaan, tetapi pada kecekapan dan pengalaman yang lebih santai” ujar Ketua Pegawai Eksekutif XPENG, He Xiaopeng.

Dalam persidangan tersebut, He Xiaopeng turut memperkenalkan model GX, sebuah kenderaan yang direka untuk era pemanduan autonomi Tahap 4 (L4). GX diposisikan sebagai prototaip Robotaxi pertama China yang dibangunkan sepenuhnya secara dalaman dan diintegrasikan terus di kilang untuk pengeluaran massa.

